Minggu ini masuk minggu kedua lang menjadi tutor untuk kelas Koridor Utara. Nampak gayanya sorang lagi mungkin akan jadi pendidik . Walaupun peluang terbuka luas jika dia berminat bekerja di sektor permakanan dan perhotelan tapi nampak gayanya menjadi pengajar itu lebih dekat di hatinya. Mujurlah ada daddy yang jadi sifu mengajar dia mencantikkan dan menghidupkan Power Point presentationnya.
Mungkin agak penat baginya berulang alik saban minggu ke A.Setar, tetapi hari-hari yang lain dia menjadi pekerja part time di kedai buku Uitm. Ada orang bertanya" Awak tak malu ke kerja kat sini?" "Hm..kenapa nak malu pulak?" jawabnya hairan."Kan awak dah ada degree!" Buat apalah nak malu, buat kerja halal , tak kisahlah berapa orang nak bayar yang penting dapat cari pengalaman dan masa terisi . Kalau berpeluang dan enviroment yang selamat saya suka anak-anak bekerja. Biar mereka tahu betapa susahnya nak dapat dua tiga ringgit. Kena kerja, kena ikut disiplin, kena tegur kalau buat salah. Pelajaran itu bukan dapat dari buku teks tetapi dari pengalaman berinteraksi dengan orang lain.
Sebagai seorang pengendali tadika saya selalu bertemu dengan ramai anak-anak muda yang datang mencari kerja. Hajat hati memang nak mengambil mereka bekerja malangnya bila ditemuduga sangatlah menyedihkan. Pengetahuan kurang apatah lagi pengalaman. Bila ditanya hobi calon di masa lapang. Rata-rata akan menjawab melayari internet dan chatting. Saya tanya lagi lagi "Selain dari itu?" Boleh pula mereka jawab berbual dengan hand phone, tidur dan melepak. Hai nak kata naif ke apa tak taulah pulak. At least dah minat nak kerja kat tadika patut bagi lah tau suka baca buku cerita ka, melukis ka, adalah juga maknanya.
Bila ditanya majalah apa yang kamu suka baca? Sudah pasti akan keluarlah nama Media Hiburan, Mangga, komik Sin Chan. aduh..nak gelak pun ada tapi biasalah saya akan buat muka selamba dan bila diberi kertas dan disuruh melukis satu gambar binatang , boleh mereka cadangkan , "tak payah lukislah puan boleh tak photostat saja gambar bagi kat budak-budak , saya tak pandai melukis"
Begitulah senario zaman kini, kata seorang kawan saya yang sedang mengikuti Diploma Awal Kanak-kanak di OUM, bila masa discussion bukan nak bawa bahan tapi masing-masing dok siap tunggu dengan kertas dan pen nak catit isi sahaja. Mungkin di benak masing-masing belajar untuk dapat diploma atau ijazah sahaja. Dengan adanya sekeping kertas itu sudah cukup untuk menaikkan taraf sosial mereka.
Mencari ilmu untuk menambah baik tugas atau mengejar sekeping kertas yang mana patut diutamakan.? Dunia yang sentiasa berubah memaksa kita sentiasa meningkatkan ilmu dan pengetahuan.Paling mudah sudah pasti dengan membaca tetapi jika keinginan untuk membaca yang agak berat pun sudah tidak mampu, saya tak tahulah apa lagi ubat yang paling mujarab yang ada di pasaran untuk mereka.Learning is a lifelong process.Pembelajaran Sepanjang Hayat barulah kita tak diperkononkan orang.
No comments:
Post a Comment