Thursday, January 14, 2010

Tempat Jatuh Lagi Di Kenang


Wah ! hari ini saya memandu sejauh 300km. Seawal 7.20 pagi sudah memandu keluar rumah . Suami masih bersiap-siap kerana kelasnya seawal 8 pagi. Saya mengambil susur kanan ke Utara dan dia mengambil susur kiri ke Permatang Pauh. Saya suka sebenarnya keluar awal pagi kerana cuaca yang dingin dan langit sangat indah bila cahaya matahari terbias keluar dari ufuk timur. Cuma yang saya kurang gemar kerana terpaksa bersaing dengan lori -lori kontena yang juga menghala ke sempadan negara. Jika mereka bertolak malam dari Singapura mahupun Kuala Lumpur sudah pasti memang waktu ini mereka sampai di daerah saya. Begitu juga bas ekspress yang bertolak dari Singapura mahupun Johor Bharu.

Minggu ini juga dua kali saya menjenguk anak di BKH. Kalau Sabtu lepas ziarah rutin maka hari ini kena mengambil rekod profil bang cu. Kalau sudah di tingkatan 5 sudah pasti warga pendidik inginkan anak didik mereka meraih markah dan keputusan yang cemerlang. Suami yang tidak dapat meninggalkan kelasnya mengamanahkan saya bertemu dan berbincang dengan  guru-guru mata pelajaran. Sudah pasti saya yang sudah peka dengan subjek mereka memberi pendapat itu dan ini sampaikan mereka ingat saya pun seorang guru juga. Haa...ha....saya menjawab "Memang pun, guru anak-anak kat rumah"




Kalau ke BKH sudah pasti bila balik mesti singgah makan moi sup kat tepi Sungai Jitra. Sejarah moi sup ini bermula pada tahun 1988.. Bila anak-anak demam atau dicabut gigi kerana bersalin gigi susu sudah pasti suami saya akan membelanjakan mereka dengan moi sup yang sungguh enak ini. Meskipun tempat sudah bertukar rasanya tetap sama. Cuma yang pasti tidak sama ialah harganya. Tapi kalau hati sudah suka mahal pun mahal lah..nak buat macammana lagi.









Mulanya saya bercadang untuk solat di R&R Gurun tetapi memandangkan dari jauh sudah nampak menara masjid tak wajar pula melengah-lenmgahkan waktu. Sudah pasti masjid Al A'la ini meninggalkan kenangan sangat manis bagi kami sekeluarga. Rumah  sewa kami hanya terletak di seberang jalan. Bila bulan puasa anak-anak lelaki saya seronok sangat  dapat pergi bertarawih sambil menunggu moreh di situ. Cuma bila saya sudah biasa dengan  masjid Bertam yang kemas dan bersih terasa beberapa  markah Masjid Al A'la ini ditinggalkan di belakang. Mungkin benar kata sahabat saya " Jika siak masjid terdiri dari pasangan suami isteri barulah masjid betul-betul bersih" Saya   menunggu anak-anak solat sambil mengenang kembali ketika saya membawa bang cu yang masih bayi ketika itu datang berkursus haji di masjid ini  15 tahun yang lalu.

Bila sudah solat terpaksa u turn untuk mencari jalan pulang. Di kiri jalan pula terpandang pula kedai mee Zul. Saya tiba-tiba  teringatkan anak-anak yang sangat  rindu pada mee Zul . Kerana masih ada masa saya  singgahlah sekejab.  Zul ini dulu berniaga di depan lorong rumah sewa kami. Sekarang tempatnya  pun sudah selesa. Kalau waktu tengahari memang kereta bersusun. Berkepul-kepul asap ikan bakarnya kelihatan dari jauh. Yang sering dikenang anak-anak ialah bila kami menghantar surat kabar lama kepadanya, dia pula baik hati dengan menghantar sebungkus dua mee untuk anak-anak. Meskipun masa sudah berlalu jauh tetapi rasa mee kuah bang Zul masih seperti dulu. Harga? Sudah pasti no komen.

Sampai di rumah sudah pasti sangat letih. Sehari suntuk di jalanan. Badan pula sakit-sakit. Memang usia sudah senja atau bahana diurut massage pad   Takasima di rumah Cik Nat hanya Allah sahaja yang tahu.

4 comments:

muhdabdrazak said...

Artikel ini sudah pasti akan mengundaang nostalgia dari anak2 semua terutamanya yg pernah membesar di Jitra. Moi sup,ul dll sudah tentu menjadi idaman semua kalau balik ke Kedah. Tu la sapa suruh duduk jauh2. Kesihan.....anak2 semua.
Abu.

Lady Qay said...

kempunan mkn mee zul drpd zaffran kcik smpi bsaq mcm ni pun tak dpt2 lgi..huhuhuh

pastu ngan nasi sotong goreng tepi sg yg sdap tuh..hmm..sdpnya...ada sorg pt kanser kakak,depa dok kat tmn permata...dok smbg lg la tringt nostalgia tmn cahaya

`Ammar Muhd said...

rindunya semua mknn di Jitra dl. last time pegi sempat makan moi sup sj. mee zul tutup!

We Haus Enterprises said...

wah kalau bab makan ramainya yang komen. Mestilah kan...tambah pulak susah jumpa sudah pasti jadi igauan.