Hujung minggu lalu  kampus kembali ceria dengan kehadiran  siswa/i baru. Saya pasti mereka datang dengan berbagai alasan. Mencari ilmu, mencapai cita-cita, keluarga suruh, dah tak dapat tempat lain..belasah aja la apa yang dapat, ikut kawan dsbnya. Walau apa  alasan wahai anak-anak usahlah disia-siakan peluang di sini. Pencarian ilmu bermula dari saat pertama anak-anak di sini. Ilmu untuk mencari rezeki dan ilmu untuk belajar menjadi dewasa. Meskipun ibubapa sudah berarak pulang meninggalkan kamu dengan suasana asing dan serba baru, tetapi di sana masih ramai orang yang akan membantu kamu menyesuiakan diri. dampingilah seniors/ kawan yang membawa kamu ke arah kebaikan. Jangan salah pilih teman. Teman baik tidak semestinya teman sebilik  tetapi teman yang dapat  susah senang bersama. Rajin -rajinlah melawat ke bilik pensyarah  sejak awal semester lagi. Ingatlah 5 perkara, masa lapang ingat masa sibuk. Jangan tunggu bila sudah Study week baru nak ketuk bilik pensyarah. Mereka sentiasa bersedia menunjuk ajar jika ada yang masih kurang jelas.  Bahagikan 24 jam yang Allah bagi dengan baik. 8 jam untuk ke kuliah, 8 jam rehat dan tidur, 8 jam untuk self study/ assignment/jumpa pesyarah/solat/ dengar kuliah kat PI. Jika kamu  gagal merancang sudah pasti kamu sedang merancang untuk gagal.
Sudah hampir 26 tahun saya berteman hidup seorang pensyarah. Bermacam ceritera yang saya dengar  tentang sikap dan perangai pelajar. Baik ketika zaman dia bertugas di Politeknik dulu mahupun di sini. Rata- rata anak-anak kita membawa budaya yang sama. Malu tidak bertempat. Malu bertanya, malu jika dianggap bedek pensyarah, malu dikata ulat buku dsbnya. Malangnya anak-anak kita tidak pula malu jika ditangkap meniru ketika exam, ditangkap khalwat, mencuri barang  room mate dsbnya. Di bahu kamulah terletak masa depan. Kamu bakal pewaris negara dan agama. Kamu semua bakal pemimpin .Bakal pembuat dasar dan polisi negara .Saya percaya jika kamu membawa  budaya baik hari ini sudah pasti budaya itu juga akan dibawa merentas  masa. Jadilah anak-anak yang dapat menjaga hati ibu bapa. Bawalah budaya dan akhlak yang baik yang ibu ayah didik semasa di rumah dulu. Kamu tidak perlu menjadi orang lain. Kamu sudah pasti ada matlamat pribadi yang ingin dicapai. Jadikan peluang ini sebagai lonjakan untuk terus meraih kecemerlangan buat diri. Buatlah ibu kamu menangis melihat kamu mendapat Anugerah Dekan setiap semester. Jangan biar dia menangis kerana  kamu dibuang dari UiTM akibat  gagal atau salahlaku.  Seperti mana saya menghantar kak lang ke UiTM dulu saya pasti semua ibubapa  meletak sepenuh harapan ketika menghantar kamu ke sini. Berikanlah balasan yang setimpal buat mereka. Saya ada ramai anak. Saya pernah melalui semua saat-saat itu.  Jika tersasar rajin-rajinlah berjumpa ustaz/ustazah di Pusat Islam saya percaya mereka dengan rela hati akan membantu kamu. Rajin-rajinlah juga berhubung dengan ibubapa , mintalah mereka berdoa untuk kamu.Selamat berada di  UiTM, Pulau Pinang.
