Sunday, June 21, 2009

Indahnya Desa

Bagi orang-orang di Malaysia, kampong dimaksudkan tempat mereka dibesarkan dan dimana masih ada rumah pusaka yang mereka boleh menumpang tidur selama mana mereka suka. Meskipun Kuala Lumpur ia tetap di sebut "balik kampong". Saya teringat ketika anak-anak masih kecil mereka selalu diejek kawan-kawan kerana bila berhariraya akan pulang ke Kuala Lumpur.Sedangkan orang KL pun akan beramai-ramai meninggalkannya.KL hanyalah tempat mencari rezeki. Alangkah sukanya anak-anak kerana pada malam raya kedua kami akan membawa mereka melihat lampu di Dataran Merdeka. Nak menziarah semua rumah-rumah
kosong kerana tuannya pulang ke kampong. Semenjak arwah bapa dan emak sudah kembali ke rahmatullah, saya sudah tidak pulang lagi berhariraya di sana.
Saban tahun saya bersama keluarga akan menjadi peneman setia emak dan abah di Titi Gajah. Saya perhatikan rumah kampong sentiasa berubah bentuk ,sesuai dengna perubahan sosioekonomi pemiliknya. Rumah abah/emak tidak terkecuali. Jika dibanding 28 tahun yang lalu rumah sekarang amat selesa. Sesuai untuk menampung bilangan ahli keluarga yang makin bertambah saban tahun. Setiap kali raya ada 6 anak, 6 menantu, 30 cucu,2 cucu mennatu dan 2 cicit. Hm...bayangkanlah betapa gamatnya rumah dengan cucu-cucu yang tengah membesar. Mujurlah cucu-cucu emak/abah ramai perempuan di peringkat awalnya, jadi dapatlah mereka membantu urusan dapur dan penyediaan makanan. Sekarang yang dapat diharapkan pun sudah mula bekerja atau sedang belajar, pulang pun bila cuti sahaja. Emak pula sudah tidak sekuat dulu untuk membersih dan mengurus rumah .Dalam dan di luar rumah.


Bantuan tenaga yang lebih muda sangat diperlukan. Tambahan pula bila melihat rambutan mula meranum, manggis pun sudah mula luruh pasti hati tuanya teringatkan anakcucu yang jauh di mata. Kadangkala buah-buahan di kampong sudah tidak ada nilainya. Hendak dipetik siapalah yang nak mengaitnya, hendak dijual siapa pula nak menguruskannya. Hendak di harap anakcucu yang jauh pulang memakannya entah kan bila mereka dapat pulang. Akhirnya memang menjadi rezeki tupai, musang, burung dan segala mergastua yang lain. Lagipun di KL musim buahnya sepanjang tahun. Hendak petik singgahlah saja di tepi jalan atau di pasar malam ataupun pasar tani. Namun memetik buah di kampong sendiri lain pula perasaannaya. Selagi ada kesempatan bawalah anak-anak pulang merasa buah-buah yang ditanam oleh datuk nenek anak-anak kita.Mereka menanam pun untuk habuan anak cucu pun. Bagi mereka keseronokan dan keriangan yang terzahir di wajah anakcucu ketika menggigit kulit rambutan sudah terbayar penatlelah menarik paip getah menyiram pokok-pokok ketika musim kemarau dulu..

3 comments:

MuNsYi^SaMa said...

rindu suasana kampung. dulu atok nenek ada. sekarang semua dah meninggal. :(

My Heart Draws A Dream said...

rindu nak raya di kg baru..suasana sgt sunyi walaupun raya sepatutnya meriah..suma dah jd kenangan dan takkan dapat berulang lg..

Anonymous said...

tak mau juai ka rumah d tt gajah tu? klu nak,maklumkan saya (naz_103@yahoo.com) saya dok d titi gajah jgk...habih belajaq,mintak mkheja xdpt2 lg...klu ada kheja 0, kongsi2 kan la ya...saya ni graduan undang2 uia sivil dan syariah...klu bleh takmau jd lawyer,tu yg xbuat chambring...assalamualaikum