Friday, June 19, 2009

Selamat Berjalan Ke Merata dunia

Jauh berjalan luas pandangan.Setelah berhari berminggu makan tak tentu, tidur tak tentu hala.Tentu anak-anak yang di perantauan kembali menarik lega. Musim semakin berganti bihun sup emak macam terbau-bau, laksa Teluk Kecai bagai memggamit-gamit dan karipap mak tok macam terbayang-bayang. Adat muda menanggung rindu. Rindu pada keluarga , rindu pada bilik yang telah lama ditinggalkan dan rindu menyedut udara yang hebat berjerubu di tanahair sendiri. Selamat kembali sang perantau, semuga perjalanan di mulakan dengan solat musafir, diakhiri dengan doa naik kenderaan. Semuga permusafiran ini selama tiba ke destinasinya.


Betulkanlah niat anak-anak semua, Allah memang menggalakkan kita berjalan melihat alam, melihat kebesaranNya. Setiap yang kita pandang semuanya dikaitkan kembali kepada Sang Pencipta. Janganlah terlalu suka kerana dalam hidup ini ada pasangannya. Bersederhanalah dalam semua tindakan. Anak-anak kian merangkak ke usia dewasa. Usia di mana telah dipertanggungjawabkan di atas setiap tindak laku kita. Di mana pun kita Allah itulah juga yang kita sembah. Di masa suka di masa duka Dia sentiasa bersama hamba-hamba yang mengingatiNya. Mohonlah pertolongannya kerana saat paling mustajab berdoa ialah ketika dalam pergembaraan. Kita merasa terlalu hampir denganNya dan tiada ada yang dapat membantu kita melintasi lautan yang maha luas melainkan Dia. Pintalah dengan bersungguh-sungguh nescaya Dia akan memenuhinya.

No comments: