Friday, June 12, 2009

Menarik Nafas ..Lega


Mungkinkah kerana tersangat gembira dengan keputusan kak lang membuatkan saya masih merasakan hati ini berbunga riang? Sebagai seorang ibu saya sentiasa merasa risau bila keputusan peperiksaan anak-anak akan keluar. Suami mungkin sifat lelaki..kot selalu cool saja. Tetapi dalam cool nya itu dia juga tidak sabar menanti keputusan kak lang semalam. Jika menjadi KP dulu ada juga peluang melihat result lebih awal. Namun apa-apa pun awal pagi tadi baru dapat masuk site Uitm, dok mencuba dari malam tadi tak dapat langsung. Dengar dan tengok dengan mata sendiri lain perasaannya. Alhamdulillah..Allah telah menyempurnakan keinginan kami berdua ingin melihat ketiga-tiga puteri mendapat pendidikan ke tahap ijazah sarjana muda sudah terlaksana. Insyaallah masih ada 4 lagi putera yang diharap dapat memenuhi piawai ini. Sedari kecil saya selalu berkata kepada anak-anak"jika nak naik kapalterbang pergi ke luar negara belajar rajin-rajin, ummi dengan abu memang tak mampu nak bawa you all pergi holiday macam orang lain." Mereka selalu membalas" Ummi suka ulang ayat skema tu!"Bukan tak berkeinginan tetapi kami merasakan ada perkara lain yang lebih perlu diutamakan ketika itu. . Bagi yang mampu apa salahnya membawa anak berjalan-jalan. Jauh berjalan luas pandangan. Sebagai sole breadwinner sudah pasti suami perlu banyak berjimat demi memberi peluang pendidikan yang baik kepada anak-anak. Dalam kekangan kewangan anak-anak masih selesa belajar, jika dibanding dengan sesetengah pelajar lain .Mereka saya rasakan sangat beruntung. Harga kejayaan itu sangat manis. Saya tahu apa yang kak lang lalui, sebagai ibu jika boleh kita ingin mereka sentiasa dalam pemerhatian kita, tapi sebagai insan yang lemah kita tahu kita tak akan upaya mengawal mereka sepanjang masa. Sampai masanya kita akan pergi meninggalkan semua yang ada di dunia ini, jika tidak diberi pelajaran untuk hidup sudah pasti mereka akan jadi bagai burung kepatahan sayap. Ya kita perlu mengajar mereka menangkap ikan dari sekarang dan bukan sekadar memberi ikan untuk mereka masak!

No comments: