Tuesday, June 16, 2009

Gugurnya Sebutir Bintang


Benarlah ungkapan kata mata pena itu lebih tajam dari mata pedang. Ini adalah antara koleksi tulisan yang telah berjaya merubah persepsi diri suami dan saya dalam membina keluarga. Hasil tulisan ini telah merubah corak pemikiran serta gaya hidup kami sekeluarga. Saya yakin penulis ini juga telah mampu menyentuh ratusan juta hati-hati insan di seluruh dunia. Menyeru, mengajak supaya sama-sama bangun dan bekerja untuk memenangkan Islam tanpa rasa jemu, puas atau keciwa. Antara tulisannya yang sangat terkesan di hati ialah buku Bahtera Penyelamat, Golongan yang gugur di sepanjang jalan dakwah, Konsep penguasaan dalam kehidupan dakwah & pendakwah & banyak lagi yang saya sudah lupa tajuknya. Kini buku-buku itu dipindahmilikkan kepada anak yang sedang bertatih di medan dakwah. Tiada ungkapan yang dapat saya nukilkan betapa saya sangat bersyukur kerana berhasil tulisannya telah mampu mengubah persepsi diri saya ,keluarga dan mereka yang disepuh dengan pemikirannya. Semuga Allah memberi kita kekuatan untuk terus thabat di jalan ini sehingga dipanggil bertemu Allah sebagai mana mujaddid ini.

Fathi%20Yakan.jpg

9 Februari, 1933-13 Jun,2009

Ketika hati belum reda dilanda kesedihan, kami dikejutkan pula dengan kehilangan seorang mujaddid Islam. Bagi mereka yang menggabungkan diri mereka dalam jamaah Islam sudah pasti nama ini amat dekat sekali. Saya mula mengenali namanya ketika terkial-kial memahami penulisan dan fikrahnya di zaman pelajar dulu. Ketika itu penulisannya menjadi bahan rujukan dalam study circle mingguan dan summer/winter gathering awal tahun 80an. Tulisannya sering dijadikan rujukan dan siapa yang tidak kenal buku "Apa Erti Saya Menganut Islam".Sehingga kini buku itu bersama banyak buku-buku almarhum yang lain terus menjadi rujukan dan bahan perbincangan. Meskipun nyawanya telah diambil kembali, namun tulisan-tulisannya tetap akan bersemarak di jiwa -jiwa manusia yang dikehendaki Allah. Beliau adalah seorang jurutera yang telah menjadikan Islam sebagai tunggak kehidupannya. Mula menggerakkan secara aktif kerja-kerja untuk Islam pada pertengahan tahun 50an sehingga ia di panggil bertemu Penciptanya pada jam 4.45 petang di Achrafieh, Lebenon. Jasadnya disemadikan di Tripoli di tempat kelahirannaya. Meninggalkan 4 putri dan seorang putra disamping lebih 35 buah buku hasil penanya. Insyaallah, kita yakin ketika ini al marhum baru bertemu rehat yang sebenarnya dan sedang menikmati hasilkerjanya sepanjang persinggahannya di dunia ini. Hasil penanya akan terus bergerak menyampaikan dakwah dan menggerakan hati-hati agar terus berkerja untuk menegakkan Islam. Muga Allah merahmatinya, al marhum Syaikh Dr Fathi Yakan. Al Fatihah.



2 comments:

MuNsYi^SaMa said...

Seorang lagi tokoh Islam pergi. pastinya ramai yang akan bangkit meneruskan kerja2 dakwah beliau.

Al-fatihah.

ummiyati said...

Penulisan merupakan media dakwah yang akan terus dibaca dan dirujuk sepanjang zaman. Allah telah bersumpah dgn qalam, maka apa ditunggu lagi tajamkan qalam anda untuk bersama mengubah zaman.