Saturday, June 13, 2009

Aku Terima Nikahnya!

"2006 tengah belajar abang kahwin kenalah jadi pengapit."



"2009 abang sudah anak satu, saya baru nak mulakan hidup bersama pilihan hati"
Doa Untuk Pengantin
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

Ucapan tahniah & doa dari abu, ummi seisi keluarga di atas perkahwinan HAziri Mohd Shamsudin (adik kepada Zulffi). Tahniah juga kepada Cikgu Zaimah kerana mendapat seorang lagi bakal menantu. Kali ini orang Negeri Sembilan. Hm..boleh tahan juga loghat masing-masing. Seorang Kelantan seorang lagi orang Negori. Apa-apa pun hai ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu juga,kan. Muga majlis diberkati Allah dan dipermudahkan perjalanan pulang ke Kota Bharu untuk semua ahli rombongan. Muga Zaffran tak buat perangai masa majlis tu, ameen.

Juga tak lupa kepada akhi Ariff Budiman yang akan sama meraikan majlis perkahwinannya hari ini .Semuga rumahtangga bakal dibina akan mendapat mawaddah dan rahmah dari Allah. Muga medan dakwah akan lebih rancak dengan penglibatan seorang lagi ahli baru, ameen.

4 comments:

My Heart Draws A Dream said...

ummi..nama penuh jiji haziri shamsuddin..bukan azizi..hihihi

Harrith.. said...

o...silap nama je bukan silap orang kan!! Anyway dah lepas akad nikah x pa silap nama, kalau belum risau pulak kot silap orag(hm..menegakkan benang basah lah pulak...hi..hi)

`Ammar Muhd said...

oh igtkan nama dia azizi..jauh btol

ummiyati said...

Tu kena sebut betul...betul....