Saturday, July 11, 2009

Belajar Erti Gagal 1

Saya sudah hampir menarik selimut ketika mendengar talipon di ruang bawah berdering. Segara membuka lampu, menuruni tangga dan berkejar ke talipon. Jika waktu ini sudah pasti dua anak yang di asrama. Ketika mereka selesai prep malam dan supper biasanya saya sudah di kamar tidur. Saya merenung talipon yang telah henti deringannya dengan rasa hampa. Namun talipon kembali berdering. Saya segera mengangkat. "Ummi..kalah..dapat no 6" Saya mendengar hati-hati suara kehampaan di hujung talian. Setelah dia selesai menyuarakan isihatinya saya menjawab"Tak pa lah..Harith dah bagi full commitment, dan dah buat full preparetion..cikgu pun banyak tolong. masa cuti pun hari-hari pi sekolah.Biasalah..kalau bertanding mesti ada kalah menang kan". Dia diam.Saya pun diam. Akhirnya dia bersuara"Bukan tak puas hati tak menang tapi hari tu kan ada periksa ,jadi cikgu kata kena ganti periksa tu.Alih-alih cikgu kata tadi kena buat semua 3 paper tu. Tak sempat preparelah sangat. Kalau dapat result teruk ummi jangan marah" rayunya. "Eh bila pula ummi marah, ummi tau kan anak ummi dah belajar consistent, ummi gan abu selalu kata kalau kita dah usaha kami tak kisah dapat markah berapa pun. Kalau tak belajar tapi nak harap dapat result eluk tu lain lah." Dia terus diam." Tak pa lah Harith, yang dah lepas tu lepas lah..ni kan ujian bulanan ja..kan"

"Minggu ni ummi nak datang bila?" tanyanya mengharap. Giliran saya pula diam. " Esuk ada program sampai petang, Ahad pun sama....saya dah banyak untukkan masa untuk keluarga. Minggu ini memang saya nak bagi full commitment pada program JIM." "Ummi..duit nak habis dah"" Ok...Sabtu talipon lain lah...kot ummi tak pi abu pi..." saya berjanji sebelum talian putus. Saya termenung di anak tangga sejenak. Bila naik ke bilik teman tidur masih membaca Reader Digests yang isu tah ke berapa.
"Sapa?" soalnya
."Harith..dapat Saintis Muda tu no .6" jawab saya.
"Per?' soalnya balik .
"26" jawab saya.
"Eh okay lah tu...6/26. Dah lah...prepare sampai sanggup dok rumah sorang. Sapa no 1?".
"Chung Lin, Paya Keladi, Convent" tambah saya sambil menepuk bantal.
"Paya Keladi?" soalnya balik.
"Tu yang dia frust tu...' balas saya
" Not bad sekolah kampong boleh beat Irsyad" katanya.
"Hm..." saya menjawab sambil meletakkan kepala ke bantal. Mencapai suis memadam lampu. Konon ingin memejamkan mata tetapi otak ini ligat pula berfikir. Way back in 1988...Gwendoline Street Liverpool...

1 comment:

insan marhaen said...

Otak kita kena ada banyak suis. Suis bila anak mengadu hal. Suis bila suami/isteri mengadu hal. Suis bila diri sendiri pula memikirkan banyak hal.

Gitulah hidup untuk kehidupan...