Wednesday, July 1, 2009

Gusar & Pilu Berbaur

Terpana saya mendengar dari MHI kes bayi mati di Kuantan dan Johor. Ya Allah! hati saya menjadi sangat sedih dengan fenomena ini. Apakah yang telah kita lakukan sebagai anggota masyarakat. Patutkah kita sekadar menuding jari? Ketika sedang berfikir-fikir tentang isu ini, saya mendapat panggilan. Sebuah sekolah ingin menganjurkan program MKRR. Module Kesihatan Reproduksi Remaja untuk pelajar ting. 3- 5. Insyaallah pada 24hb Julai nanti. Sebagai seorang ibu saya cuba bayangkan perasaan ibu muda tadi yang melahirkan anak tanpa bantuan sempurna. Sudah pasti rasa takut silih berganti dengan rasa ngeri sakit ketika bersalin. Sakit bersalin digantikan Allah dengan ganjaran pahala yang besar jika kita melahirkan yang terhasil dari ijabkabul yang sah. Jika di luar itu...fikirkanlah sendiri.

Insyaallah minggu depan telah dirancang program TOT untuk ABJZ. Anda Bijak Jauhi Zina. Permintaan untuk masuk ke Raudhatus Sakinah meningkat naik setiap tahun. Pada awal penubuhan ada juga orang mencemuh. Jika tidak diujudkan pusat sebegini kemana arah nak dituju remaja yang tersilap langkah. Bila membaca buku Mencari Jalan Pulang tulisan adik-adik atau anak-anak di RS berlinang airmata saya. Isu ini tidak akan berhenti di sini. Ia akan terus muncul di media jika kita masih membuka ruang untuknya terus berlaku. Ia adalah wabak yang dapat dihapuskan dengan menanam rasa takut kepada azab Allah. Jika ingin melakukan maksiat buatlah di tempat yang Allah tidak melihat Dan jangan gunakan anggota yang Allah pinjamkan ini.

Ketika menghadiri seminar anjuran USM saya mendapat info yang sangat menggusarkan. Setiap kali ada sambutan seperti malam tahun baru, malam itu malam ini sudah pasti se hari dua selepas itu balai-balai polis dipenuhi ibu bapa yang ingin melapor anak gadis mereka dirogol. Mudah sungguh anak-anak kita terpedaya dan murah sungguh nilai diri.Sekadar segelas minuman cukup untuk memusnahkan sebuah harga diri dan masa depan . Saya masih ingat arwah emak sentiasa berdoa pada cucu-cucunya yang baru lahir dengan Surah Al Qadr . Doa pelindung zina. Bawalah anak-anak kita mendengar kuliah agama di masjid dan surau. Tambahan pula malam Isra dan Mi'raj akan tiba tidak lama lagi. Sudah pasti akan dibackan kisah Ar Rasul SAW naik ke langit. Baginda melihat sebuah rumah di dalam neraka di mana pintunya dari tembaga dan terlalu sempit. Di dalamnya ada pula lelaki dan perempuan terpenjara bersama ular dan kala dan terikat pula kemaluan mereka. Kata Jibril itulah orang yang berzina. Semuga kita beri kekuatan oleh Allah untuk terus bersama mereka yang ingin menegak yang makruf dan mencegah yang mungkar.

No comments: