Friday, July 10, 2009

Tepuk Dada Tanya Selera


Bila menjelang petang, mulalah merangka di dalamkepala. Menu apa hari ini? Adalah pula mee sebungkus, daging pun ada sikit.Hm..memang cukup nak buat mee kuah saja. Nak makan pun dua mulut saja..ops silap tiga mulut. Bila sudah masuk usia senja , makan pun nak kena beringat. Ditimbang-timbang difikir-fikir dulu. Minggu lepas semasa di Kota Bharu memang makan saja. Tapi dah timbal balik sebab bila balik ke rumah, terus tak ada mood nak masak dan nak makan. Ni lah akibatnya bila dah biasa ramai tiba-tiba rumah jadi sunyilah pulak. Mujurlah teman serumah yang sedia ada tu tak banyak kerenah. Jamu sayur air pun jadi asalkan berteman ikan segar dari Kuala Muda atau Penaga. Kalau nak makan memang teringat yang jauh-jauh tu..tapi alahai janganlah pulak sampai teman serumah komen "ayam dikepuk pula mati kelaparan". Kat atas tu sebenarnya mee udang Pulau Sayak. Yang mee nak buat kat rumah ni masih menunggu air mendidih buat mencelurnya. Jadi sebelum air kering di periuk ayuh kita masuk ke dapur!

No comments: