Sunday, July 5, 2009

Child Helpline

Siapa yang tak sayang cucu. Itulah ungkapan yang sering kawan-kawan katakan kepada saya. Mereka masih muda belaka tetapi mengusik macam ada pengalaman. Memanglah sesuatu yang baru tentulah mengembirakan. Cuma saya dan suami sentiasa mengimbangi agar tidak berlebihan dalam menunjuk kasihsayang dan perhatian. Yang baik dipuji yang tidak baik ditegur agar cucu besar menjadi insan kamil, cemerlang dunia dan akhirat. Manis tutur kata dan berguna patah perkataannya.


Muhammad Zaffran Rizqi. Zaffaran atau Rizqi. Kini diasuh di nurseri berhadapan HUSM. Saya menggalakkan Zaffran di hantar ke nurseri kerana biasanya di sana disediakan program bagi perkembangan menyeluruh anak. Diajar doa, dirancang menu, disedia permainan,ditetapkan waktu untuk aktiviti dsbnya. Seorang pengasuh yang baik akan sentiasa ingat" Jika kita buat baik pada anak orang, insyaallah akan ada orang yang akan buat baik pada anak kita".Jika semua orang berfikiran demikian tentulah tiada kes penderaan kanak-kanak .


Di Malaysia telah dicadangkan Child helpline . A toll free bagi memboleh kanak-kanak melaporkan kes penderaan mendapat perlindungan dsbnya akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Ini akan memberi manfaat kepada 447,000 kanak-kanak yang ada di Malaysia. Yang diragui siapakah yang akan berada di talian ketika kes dilaporkan. Saya percaya program ini telah lama diterajui oleh orang bukan Islam. Sudah pasti helpline yang akan beroperasi 24 jam ini amat memerlukan sukarelawan yang benar-benar ikhlas. Bukan setakad mengangkat talipon dan menghantar dari satu line ke line yang lain sehingga yang menunggu sudah hilang steam.

.
Saya percaya bila permit bibik Indon tamat, permintaan untuk nurseri akan meningkat. Cuma yang saya pertikaikan sejauh mana persiapan mental dan tenaga kerja di nurseri dalam mengatasi kemelut ini. Rasanya kita patut membuang persepsi kerjaya pengasuh adalah setelah tiada lagi peluang kerja di tempat lain untuk kita ceburi. Cuba kita anggap kerjaya ini satu peluang ibadah kepada kita. Kalau doa yang diajar akan diamal anak asuhan sepanjang hayat sudah pasti kita akan menumpang pahalanya. Dan ingatlah ilmu yang dimanfaatkan dapat membantu memberat timbangan di akhirat kelak. Mendidik adalah kerjaya mulia. Apatah lagi jika kita mendidik mereka kenal dan cintakan Allah dan Rasulnya.

No comments: