Wednesday, July 1, 2009

Melihat Ke Dalam Diri


Hari ini sudah 1 Julai. Rejab pun makin menghujung sedangkan amalan masih statik lagi. Sambil mengadap PC apa salahnya kita mengisi waktu sambil mendengar ceramah online. Mudah sungguh hidup di zaman ini. Semuanya di hujung jari sahaja. Sehari satu ceramah yang menyentuh berbagai topik. Ilmu Allah Taala ini maha luas. Apa yang kita dapat hanya sekadar butiran air yang melekat di hujung paruh burung bila ia mencecah di muka air. Hidup kita bagai kelapa yang gugur. Bukan buah tua sahaja yang gugur yang muda pun ada yang gugur. Alangkah beruntungnya jika kita dapat menolong ramai orang. Paling tidak pun tolong jangan susahkan orang lain. Jika masing-masing bersikap begini sudah pasti dunia ini akan aman damai dan perjalanan hidup kita menjadi sungguh indah. Insyaallah bila kita berniat begitu Allah akan membuka banyak peluang untuk kita menghulur bakti. Wang, tenaga dan masa. Bila disoal Allah kita dapat bentangkan bagaimana kita menghabiskan masa yang dipinjamkan kepada kita kelak.
Masa = nilai hidup kita.Kualitas atau tidak?

No comments: