Wednesday, July 8, 2009

Detik-detik Berlalu



Di zaman digital ini mudah benar kita merakam gambar. Jika rajin dan ada bajet bolehlah dihantar untuk dicetak. Jika tidak simpan sahaja dalam hard disk laptop.Bila perlu buka dan cari. Ini bang cu dan Harith pada tahun 2003 semasa pertama kali melawat Putrajaya. Cepat betul masa berlalu. Bila anak-anak makin meninggalkan rumah memang kita perlu mengatur semula rutin hidup dan menu harian. Bagi ibu bapa yang pertama kali berpisah dengan anak-anak kerana melanjut pelajaran memang akan terasa sunyinya rumah. Ada yang sampai tahap tak sanggup makan makanan yang anak suka kerana teringatkannya. Namun ingatlah hidup perlu diteruskan. Jangan kerana seorang anak kita sampai mengabaikan anak-anak yang lain. Usah biar sampai terdetik di hati mereka. "Along saja ka anak mak?" Kita sering berkata pada anak-anak "Mak sayang anak mak sama saja" tapi adakala tindakan kita membuat mereka terasa hati. Takut perasaan itu bertukar dendam yang berpanjangan. Amatlah malang jika kita sudah mati baru semuanya terbongkar. Tidak mustahil berlaku jika kita tidak didik mereka saling kasih mengasihani. Kalau orang dulu-dulu dikumpulnya tali pusat yang gugur , dicantum dalam satu bungkusan . Tujuannya supaya anak- anak rapat dan sentiasa berbaik-baik.

Ar Rasul SAW pun ada isteri yang lebih disayanginya. Sebagai ibu bapa kita jangan malu meminta maaf kepada anak-anak jika kita buat silap. Mereka akan lebih menghargainya. Mungkin mereka belum sedar kebaikan yang kita buat pada hari ini. Insyaallah bila umur makin matang, jarak perpisahan makin jauh baru mereka terasa betapa kasih dan cintanya kita kepada mereka. Bersabarlah dengan kerenah anak-anak dan banyak-banyak berdoa. Ayat 1-6 suroh Toha sangat baik diamalkan. Hembuslah ke ubun-ubun ketika mereka tidur dan ke air bila siibu memasak. Kita hanya berusaha dan Allah juga yang menyempurnakannya.

No comments: