Saturday, July 4, 2009

Doa Di Hari Lahirmu

Hari ini hari ulang tahun kelahiran Muhammad Zaffran Rizqi Mohd Zullfi. Lahir di Hospital USM,Kubang Kerian,Kelantan. 1 Rejab jam 5.49 petang. Berat 3.35kg.

Ya Tuhan, jadikanlah aku dan anakcucuku orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami perkenankanlah doaku.
Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua yang beriman pada hari kiamat

(surah Ibrahim: ayat 40-41)

Ya Tuhanku selamtkanlah daku dan ahli keluargaku dari bencana akibat perbuatan jijik yang mereka kerjakan"

(surah as syua'ara: ayat 169)

Ya Tuhanku berilah aku keturunan yang baik daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar.

(surah Ali imran: ayat 38)

Ya Tuhan kami , kurniakanlah kepada kami dari isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa

(al Furqan: ayat 74)

Selamat hari lahir......muga besar menjadi orang beriman dan menjadi pejuang agama.Ameen

2 comments:

anaklaut said...

salam...


saya mengucapkan selamat hari lahir
buat adik Muhammad Zaffran Rizqi Mohd Zullfi...

semoga Allah swt selalu memberi rahmat padanya.., panjangkan umurnya, berjaya di dunia dan di akhirat...amien..

anaklaut-

ummiyati said...

Jazakallahu khairan di atas doa saudara. Muga doa yang baik ini juga kembali kepada saudara dan keluarga. I/allah