Monday, June 22, 2009

IB oh IB

Ini anak bujang saya yang ke dua, bang cik. Saya tumpang gembira bila dia berpeluang belajar di KMB. Setelah setahun membuat IB di sana saya menjadi sangat kasihan kepadanya. Setiap kali cuti rumah kami akan berserakan dengan buku-buku dan assignment dia dan adik-adiknya. Kadangkala dia akan tidur di tengah kertas dan buku-bukunya. Malah sering sangat kami menangguh untuk ke mana-mana kerana memberi peluang dia menyiap kerjanya. Saban hari mulut saya akan bising meminta mereka mengemas buku masing-masing. Saya pasti jika saya kemaskan pasti akan riuh rendah mereka mencari barang-barang bila hendak pulang nanti. Saya hanya dapat membantu memberi idea dan cara untuk menyelesaikan tugasannya. Saya tidak akan menolong mereka menyiapkan tugasan. Saya yakin sistem IB membantu membina insan yang menyeluruh dan seimbang. Ciri inilah yang dicari setiap kali sesebuah organisasi mencari tenaga kerjanya.



Sebagai ibu bapa kami berdua sangat peka dengan pointer yang ditetapkan penaja. Kami juga sering berdoa agar cita-cita bang cik untuk belajar di negara idamannya akan dikabulkan Allah. Namun jalan tidak selalunya lurus, banyak simpang siur dan onak duri yang mengait di jalanan. Selagi daya sudah pasti kami yakin bang cik akan terus membaiki prestasinya. Masih ada setahun lagi masa untuk menentukan ke mana destinasi seterusnya. Pointer universiti dan ketetapan penaja menjadi penentu segalanya. Tambahkan usaha dan teruskanlah berjuang, masa muda hanya datang sekali. Insyaallah ummi dan abu sentiasa ada di belakang bang cik.
*Tahniah kepada pelajar baru KMB ,langkah yang panjang baru bermula....esuk!

4 comments:

syamil said...

thank you my beloved umi.....i'll try my best to improve my study as well as my result for every exam n test or whatever....esok budak2 baru nk daftar..kena tugas jaga slideshow presentation dekat main hall..mlm ni free skit...smpat jer nk online kejap.....lagi senang ada Dell studio yg masih bau kedai...hehe

My Heart Draws A Dream said...

jeles gak tgk dell studio baru dia.cun melecun..hihi..nsib dah abih ngaji kalo tak mesti nak beli..hhaha

My Heart Draws A Dream said...

jeles gak tgk dell studio baru dia.cun melecun..hihi..nsib dah abih ngaji kalo tak mesti nak beli..hhaha

We Haus Enterprises said...

Banyak2 ingat Allah waktu kita lapang dan senang agar Dia ingat akan kita waktu kita perlukan Dia ketika masa susah dan masa sukar kita. selamat menjadi senior yang mithali.
*rindunya saat pi hantar bang cik tahun lepas...wajah ibubapa yg penuh harapan, anak2 yg gembira ditawarkan tempat dan seniors yg sibuk melakukan barangan...beli jgn tak beli