Sunday, June 14, 2009

Nyanyi Sunyi

Rumah ini kembali sepi. Curahan hujan di luar jendela bagaikan nyanyi sunyi buat kami berdua. Begitulah sunnatullah, perjalanan hidup yang indah perlu diteruskan. Langkahan kehidupan merentasi masa suka mahupun masa duka. Di dada akhbar riuh memberi amaran bacaan index di beberapa buah bandar di Malaysia. Fenomena panas akibat ekuinoks, apa tu? Bila matahari berada tepat di garisan Khatulistiwa pada 20 atau 21 march bagi musim bunga dan 20 atau 21 Sept bagi musim luruh setiap tahun. Ketika ini matahari berada pada sudut tepat terutama pada waktu tengahari. Ketika ini bumi menerima pancaran matahari selama 13 jam....hm panjang dan lama tu. Patutlah seminggu dua ni panas terik betul, bila nak suruh anak-anak tolong sidaikan pakaian bukan main lagi mereka berbalah. Esuk pakaian yang patut diampaikan pun sudah kurang. Menu pun perlu ditukar. Just untuk cater dua orang insan separuh usia. Selera makan mulai kurang, samada kerana memang tak berselera ataupun kerana perlu dielakkan bagi menjaga kesihatan diri.



Di tepi jalan mulai kelihatan durian sudah mula dipasarkan. Musim buah makin menghampir dan ketika ini juga pesakit makin ramai memenuhi ruang tunggu di klinik mahupun hospital. Jangan salahkan buah-buahan yang mula meranum, tetapi salahkan diri kerana tidak mahu berpantang. Istilah pantang jumpa sudah pasti akan membawa mudarat kepada diri dan menganggu keselesaan kita beribadat kepada Allah. Kenapa tidak kembali kepada sunnah Nabi SAW. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Tak payah lagi tepuk dada tanya selera, akal yang waras perlu menjadi neraca pertimbangan.

1 comment:

SUARA 8 said...

MERIAHKAN HIDUP ANDA DENGAN JOIN STEVICO. ya STEVICO...BARU di pasaran. Di samping menjaga kesihatan dapat menambahkan pendapatan keluarga.