Thursday, February 26, 2009

Bengkel giat dunia buku

Kegawatan ekonomi tidak patah semangat penerbit, penulis 


PELBAGAI ilmu dalam bidang penulisan dapat dipelajari dan dijadikan panduan untuk muncul sebagai penulis kreatif berbakat dalam usaha memenuhi permintaan pasaran buku bahasa Melayu negara ini diperoleh pada Bengkel Penulisan Kreatif KarnaDya Solutions Sdn Bhd. 

Lebih 30 peserta yang berminat mendalami bidang penulisan dan mendapatkan inspirasi bagi menceburi dunia penulisan hadir pada bengkel di di Dewan Mawar, Perpustakaan Kuala Lumpur, baru-baru ini, diberi peluang mendapat panduan menghasilkan buku masakan, buku mewah, novel grafik, chic-lit selain buku prasekolah.


Pemilik KarnaDya yang juga pengarang tersohor, Aina Emir, berkata bengkel terbabit bertujuan membantu calon penulis melihat penulisan sebagai kerjaya yang memberi pulangan lumayan jika kena caranya dan serentak itu dapat membantu negara melahirkan bangsa yang suka membaca. 

Wednesday, February 25, 2009

Putriku Sayang


"Abumi, dah nak p intrvw .Doakan yang terbaik"Massage pendek dari kakak. Aku faham betapa dia sangat stressed minggu ni. setelah bertahun-tahun bekerja tentu dia ingin comfirm macam orang lain juga. Banyak benefit yang menanti tambah pula bila dah ada anak rasa mahu besarkan anak di rumah sendirilah pula. Sabarlah kakak, abu dulu pun dah anak 6 baru dapat beli rumah.Yang penting kami dah pergi haji sebelum usia mencecah 40tahun. Single income dan anak ramai tentu banyak pengorbanan yang dilakukan untuk mencapai cita-cita tu. Sabar itu banyak gunanya dan alhamdulillah dengan kesabaran itu seorang demi seorang anak-anak umiabu bakal meninggalkan menara gading pula. Dalam hidup ni kadang kita perlu tengok mana priority dulu. Target lah pi Mekah dulu ka.Bila dah buat yang wajib insyaallah Allah lorongkan banyak jalan rezeki yang kita tak duga-duga. Tak pernah termimpi pun kini kita ada sampai beberapa buah kereta dan beberapa buah rumah. Tapi kuncinya...tentulah sabar. Sabar hati,sabar perasaan dan sabar dalam ujian berumahtangga. Masih jauh perjalananmu, nak. Masih banyak ranjau yang akan ditempuhi insyaallah dengan taat pada Allah, pada Rasul dan pada suami .Allah akan beri banyak nikmah yang kita tak minta pun. Bila dah bersuami sudah pasti taat pada ibubapa sudah berpindah namun sebagai anak yang terdidik dengan agama insyaallah kakak akan dapat menimbang keduanya dengan adil. Kami tak kecik hati pun jika kakak mendahului suami kerana itulah yang dituntut agama cuma kami risau jika suamimu rasa terpinggir kerana kakak bagaikan  melebihkan kami. Fikir-fikirkanlah dengan hati yang tenang. Tiada yang lebih membahagiakan selain melihat dirimu dewasa dan bahagia.

Happy Birthday 2 Aisyah Lee


Birthday Reminder

It's your birthday, so don't feel down;
Don't think bad stuff and frown;
Your life should be filled with mirth;
Just look what you've done since your birth.

You started out really small,
Now you're really filled out and tall.
In the beginning you would just cry,
Now you can laugh if you try.

You've done quite well since your start,
So as you grow older take heart;
Keep up the good work and don't be a jerk;
Stay happy till you're an old fart.

By Karl Fuchs

Permata Untuk Adik

Cuaca agak mendung mungkin hujan akan turun lagi. Tetapi di ufuk sana ternampak cahaya matahari menjenguk malu. Aku sedang membelek hp bila ternampak ada missed call. Tanpa berlengah terus menghubungi yang empunya diri. Aku ddam mendengar bilah-bilah kata yang dituturkan. Alhamdulillah...airmata bergenang di bibir mata .Aku tumpang gembira kerana adikku berjaya dalam temuduganya. Walaupun bukan kali pertama tetapi aku turut bersyukur Allah melimpahkan rezeki kepadanya. Sebagai seorang kakak tak banyak yang aku lakukan sekadar secebis doa muga Allah memudahkan urusannya. Rupanya perkara yang kecil dan biasa bagiku besar erti bagi adikku ini. Air dicincang tak akan putus itulah kata peribahasa. Kadangkala dalam kesibukan mengurus keluarga kita kadang lupa bahawa ada hak yang kita abaikan. Puas Petronas dan Telekom buat iklan mengingatkan kita. Tapi maklumlah kita kan mudah lupa.Jadi panjang-panjangkanlah doa kita pada mereka yang tidak tahu kita mendoakan mereka. Muga doa kita itu akan berbalik memberi kebaikan kepada diri dan keluarga kita pula. Insyaallah.

Manja Tak Kena Tempat

Hai...bila tak ada anak nak dileter. Kena lah pulak berleterkan kucing yang asyik bertunggu tangga kat depan dan belakang rumah. Kucing ni dah berapa generasi yang dok menumpang tidur kat rumah. Yang bestnya siap masuk selongkar dapur lah pulak. Bila dikejar boleh pula buat manja...eouw...eouw....sabar je lah. Nak angkat pergi buang nanti tuan dia marah pulak. Tapi alahai macam tak ada tuan pulak. Bila nak pahala tu kenalah sabar banyak-banyak. Cuma yang baik sikit sekarang dia tak lagi membuang depan rumah. Kalau tidak memang naik darah juga jadinya. Kot ada orang Pasir Tumbuh nak buat anak angkat tunggulah cuti Maulud nanti.kita bye..bye kat dia.

Tuesday, February 24, 2009

Ubat Kasih


Damba belaian: Pesakit kronik perlukan simpati penjagaan penuh sayang anggota masyarakat bagi meneruskan saki-baki kehidupan

BELAIAN, perhatian dan penjagaan. Inilah perkara asas diperlukan pesakit kronik, tetapi malangnya sukar diperoleh akibat sikap anggota keluarga mahu pun petugas yang merawatnya. 

Ibarat pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, sukar sebenarnya menyelami isi hati pesakit ini yang diselubungi keresahan selepas mengetahui penyakit dialami serta pelbagai proses rawatan susulan. Lebih sukar, bagaimana menempuh hari mendatang serta penerimaan anggota keluarga sendiri dan masyarakat sekeliling.Pelbagai persoalan yang bermain dalam kotak fikiran mereka sebenarnya. Malangnya, ramai yang salah tanggapan terhadap pesakit ini yang menganggap usaha memberi ubat serta rawatan saja sudah memadai. "Tidak ramai yang mengendahkan aspek yang tidak kurang pentingnya iaitu soal hati dan perasaan mereka. Pada peringkat ini, aspek simpati, belaian, perhatian dan penjagaan daripada orang tersayang serta petugas kesihatan boleh memberi kekuatan kepada mereka berdepan hari-hari mendatang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Hospis, Dr Ednin Hamzah. Katanya, pesakit yang dirujuk kepada Hospis Malaysia lazimnya berada dalam keadaan yang terlalu tenat dan tiada harapan sembuh. Lebih sedih lagi, ada anggota keluarga yang tidak tahu apa perlu dilakukan.

*dipetik dari Berita Harian.

Dari Lensa Kamera






Tika aku ke kelantan menemani Cik Nat. Abu di Kulim mengurus abah.'Ammar yang menjadi pengganti kami menguruskan adik-adiknya. Rupanya depa dah buat agenda. Pi ke Taman Rama-Rama di Teluk Bahang untuk cuba camera baru Abu. 'Ammar sebagai mentor maka terhasil berbagai image yang menarik. Rasanya kecintaan anak-anak pada bidang ini terhasil dari hobi Abu dan aku masa muda-muda dulu. Bila berkumpul kami akan membongkar koleksi lama masa zaman duduk UK sampailah ke Penang,Kuantan, Jitra,Alor Setar dan akhirnya Bertam.Saja buat riuhlah bila tengok gamabr-gambar tu. Aku pula memang suka merakam segala macam aksi mereka sedari kecil. Sekarang masing-masing dok kutip pula gambar-gambar tu buat koleksi pribadi mereka pula. Agaknya tu la pula yang berjangkit pada kakak.Setiap aksi Zaffran semua dirakamkan. Memang rugi bila tak ada camera. Aku yang dah biasa kemana-mana dengan camera memang terasa kehilangan bila Ixus yang menjadi teman bertahun-tahun sudah tidak berfungsi lagi.Kadang-kadang image di camera itu yang jadi bahan untuk kita menulis dan mereka cerita.Maklumlah nak catat kat buku nota macam reporter tu malaihlah pulak.

The Way They Celebrated Cong Xi Fa Chai


Bila cuti panjang sudah pasti kami akan berkumpul di rumah mak .Tidak terkecuali musim cuti CNY dari 23 Jan-27hb.2009 . Lama tu. Bila habis cuti beraraklah pula pulang ke rumah. Hasilnya.....inilah rumah Cikgu Maklang & Pak Langnya. Di gergaji grill dan dimasuki "Kawaq" (pencuri). Lubang tu bukan besar pun. Muat badan anak yang Tahun 4 tu saja. Hilang laptop Ferrari SE kesayangan pak lang. Duit dalam tabung anak-anak. Sekarang kenalah dipasang alarm diperkukuhkan grill dan segala. Fobia nak tinggal rumah dah lah satu hal. Yang duduk dalam rumah pun tidur tak lena. Bila bunyi apa sikit mulalah suspense. Aku dapat tahu sekolah agama dekat rumah aku pun kena curi juga masa cuti tu. Depa masuk kot belakang sekolah kopak peti besi dan malam tu dapat bawa lari RM1720+500+500=? Pengajarannya? Bila cuti jangan pi mana-mana  atau didik anak-anak takutkan  Allah.Yang Maha Melihat lagi Maha Pedih Azabnya.? 

Monday, February 23, 2009

Rentetan Peristiwa

15 Muharram 1430   Abah kena stroke.

24 Muharram             Abah pulang ke rumah dari KMC.
             
4 Safar                          Jari kaki mak patah kerana terjatuh.

11 Safar                       Abah &mak  ke Kulim, Cik Nad ke HUSM.

21 Safar                       Abah kembali ke TG kerana asyik terkenang rumah.

27 Safar                       Aku berdoa agar abah & mak segera sihat. Aku rindukan suasana lama

Cuba Mengerti


Bagaikan rutin kami berdua akan pulang membantu  mak di TG bila hujung minggu. Pada mulanya abah macam ceria je, makan aku suapkan cuma ke bilik air tu kena juga  Cik Bedah temankan. Kadangkala berbagai perasaan bercampurbaur bila melihat abah. Kadang kami suka bila dengar dia berceloteh dan adakala sedih, sayu dan air mata mengalir tak terasa. semuanya bermula bila dia bertanya"Ammar mana" Abu kata"Ammar tak dak balik pi mengaji""Pi mengaji?"soalnya balik. Bila dia nak ke bilik air kepalanya terjenguk-jenguk bagaikan mencari Ammar yang dah tak ada. Petang tu mak tersilap sebut"Ammar balik naik kapal terbang"Abah cepat menjawab"Tak mau...tak mau...tak mau"sambil menggoyangkan tangannya. Kami yang memerhati hanya terpaku tak tahu apa nak kata dan meneka perasaannya ketika itu. Masih teringat perktaanku pada Ammar"Tak palah Ammar masa kecik abang menangis kena marah dengan mak tok sebab nakal, tapi bila nak dah besar ni  mak tok pula menangis sedih pasai abang dah tak boleh tolong jaga wan lagi". Memang mak tok menangis sakan, tak pernah aku tengok mak macam tu. Dan aku turut sayu dan terharu kerana anak aku dapat juga mencurah bakti walaupun sekejab sahaja. Muga Allah memudahkan banyak urusan kita jika dapat  membantu memudahkan urusan orang lain tambahlah pula kerabat.  Khamis ni abah kena ke KMC untuk rutin check . Persoalannya...siapa  yang dapat meluangkan masa untuk bawa abah ? Mari rebut pahala.

Friday, February 20, 2009

Hari pertama bersendiri


Selepas abu ke pejabat. Tinggal aku mengemas dan membasuh apa yang patut. Bermula dengan menggosok kain sampailah tengahari. Aunty Jal called nak ajak makan cendul yang dibelinya. Sambil minum sambil sembang. Hal orang sakit dan peneman orang sakit. Dalam NST tengok gambar krane terbalik kat Jambatan semalam. Kalaulah orang PLUS,Polis dll bertindak cepat mungkin banyak kerugian dapat dielakkan. Belum lagi jika berlaku emergency spr gempa ka, kena attack dengan UFO ka....hai macam mana agaknya kecuh. Belumlah ambik kira berlaku kiamat memang tak payah fikir apa-apa dah. Hai..melalut entah apa-apa..ni kes sunyi dan bosan tak dak orang nak sok sek sok sek dan murai.com dah kat rumah. Jadi mak macam tu lah kena tahan hati,kena tabah melepas anak terbang jauh. Airmata memang bergenang cuma tak sempat nak mengalir je. Mujur ada internet boleh check flight dah departed ka, dah arrived ka, dah landing ka dll. Esuk budak asrama pula balik. Nak masak apa lah pulak?????Rancang....dan sediakan wang.

Thursday, February 19, 2009

Sedihnya abang dah pulang


5.00 am Bersiap menghantar Ammar pulang.

6.00 Bertolak keluar dari TBI.

6.25 Dah ada kat atas Jambatan.

Singgah makan roti nyiok.....oh sedapnya lama tak makan.

7.00 Check in luggage. 26kg saje.
Solat subuh.

7.30 Masuk Balai berlepas.

7.45 Memandu ke Jambatan.

10.30 Tiba di Seberang Perai. Aduh....3 jam merangkak atas jambatan ada krane terbalik.

11.34 CX 692 dah selamat tiba di  HongKong.dapat SMS dari Lady Qay.

13.40 Cikgu Mak Lang called risau kot Ammar missed flight sebab dengar berita kat TV ada krane terbalik di Jambatan. Terima kasih kerana tumpang risau.

14.05 CX 418 dijangka bertolak ke Seoul.

Aku masih mengemas bilik Encik Pensyarah.Dan Encik Pensyarah pula sedang bersyarah di BKM2.16.Kelas pagi tadi kena cancel Encik Pensyarah terperangkap dalam massive traffic jam. Malam ni kena tengok berita apa yang teruk sangat tu.....

17.30     Kami dalam perjalanan pulang ke rumah dan dapat SMS Ammar baru je landing...alhamdulillah. Masih sempat rasa last snow.

Sedutan berita:
*GEORGETOWN: Jambatan Pulau Pinang menghala Seberang Prai mengalami kesesakan teruk berikutan kren terbalik di Kilometer 3.6 jambatan itu, awal pagi ini. 


Kren yang terbabit dalam kerja pelebaran jambatan itu terbalik kira-kira jam 3 pagi dan menghalang satu lorong di atas jambatan yang mempunyai dua lorong itu. 

Berikutan kejadian itu, hanya satu lorong laluan menuju Seberang Prai dibuka yang menyebabkan kesesakan teruk di semua laluan masuk jambatan dari arah Lebuhraya Jelutong, Gelugor dan Bayan Lepas.


Ketika ini, kerja mengalihkan kren berkenaan sedang dilakukan dan Penang Bridge Sdn Bhd dijangka membuka laluan kontra bagi mengurangkan kesesakan. 


Oh bulan mana bintang?


Last post 9hb.feb....lama tu. Aku ada tapi bukan di rumah...tapi di merata tempat yang memerlukan aku. Dalam keadaan begini baru aku terasa jadi VVIP.....memang very important people. Bukan nak dabik dada tapi memang realiti. Jika dulu bila ditanya kenapa tak kerja ...semua kata eh sayangnya tak kerja...tapi sekarang ni bila tak kerja ramai yang komen"mujurlah tak kerja jika tak tak dak sapa nak uruskan hal abah dan mak". Hai begitulah hidup di dunia mana mungkin kita merasa sangat berpuas hati atau dapat memuaskan hati semua orang. Aku memang sibuk.Tapi buka sibuk kat Tadika macam dulu tapi bagaikan tak hinggap ke bumi nyata.Asyik duduk depan stering ja kerjanya seminggu dua ni. kalau ada spedometer mungkin dapat baca bacaan jarak jauh aku berjalan. Mula ke Kubang Kerian, balik naik bas ke Penang. Naik train pula ke KL.Balik Penang naik bas pula. Lepas tu ke Kulim ,then balik Kedah.Ke Kulim balik. Ke bertam pula. Ke Alor Setar pula. Ke Bertam pula.Pagi tadi ke Bayan Lepas lepas tu singgah Permatang Pauh sebelum pulang ke Bertam petang ni,insyaallah.

Oh bulan mana bintang
Atas pucuk kayu ara
Oh tuan mana hilang
Dalam dapur atas para.

Sunday, February 15, 2009

Untuk Aku



'Jangan kata tak ada masa, jangan kata sibuk Oh...itu pantang larang orang yang suka menulis. Tapi kena disiplinkan diri

Monday, February 9, 2009

Aku di sini,kamu di sana


Awal pagi bawa Zaffran ke Klinik Nik Omar, di KB. Kesian aku tengok dia yang dah lama selsema dan batuk. Takut pula nanti dapat lelah macam ibunya. Balik dia dah nak tidur jadi aku tak ikut ke HUSM.Baca buku dan jaga dia. Kak Milah yang dah biasa dgn USM jadi petunjuk arah. Ibu Zaffran dah tolong buat kad untuk mak cik.Petang masak nasi goreng ja dan naik ke bilik awal sebab Zaffran dah tidur awal pula. Kakak bagi tau pak cik maklumkan yang operation akan dibuat hari Isnin. Mula nak release air dalam kepala sahaja tapi dicadangkan operate tumor tu sekali. Dah 5cm.Besar tu dan saraf hearing, rasa, ntah apa lagi dah terganggu. Pak cik nampak sedih sangat. Ya lah sapa pun tentu macam tu. Misi bawa abah dan mak ke Kulim dah berjaya. Aku kerahkan Ammar bawa adik-adik ke sana supaya dapat bagi wan ceria bila tengok dia. Sebelum tu abah moody bila Ammar balik ke BI dengan Major petang tu.Agaknya bila Ammar jaga dia,bawa pi mandi dll dia dah macam selesa bila orang lain take over dia nak sesuaikan diri take time pula. Lagipun Isnin bang cik dah nak balik Banting nanti tak sempat jumpa Abu pula. Aku hubungi adik di KL.Dia turut bersedih atas apa yang berlaku dan berdoa untuk kami. Dan aku mendoakan kejayaan interviewnya dengan Permata,Petronas 16hb nanti.Aku mengira ngira di dalam hati apa yang akan berlaku seterusnya.........esuk  aku akan ke HUSM menemani pak cik menempuh saat-saat yang panjang di wad Neuro. Insyaallah.

Perjalanan Yang Panjang


Aku bersiap awal untuk bersama Misi Kesihatan ke HUSM. Rumah mak sudah dikunjungi tetamu sejak awal pagi. Kini masa makan kami tidak semeriah dulu, sapa dan sapa makan(sapa sempat makan dulu)Hampir 10 pagi pakcik dan mak cik tiba. Setelah makan-makan sekejab bermulalah drama minggu ini. Masing-masing bertangisan melepas mak cik ke HUSM.Aku bersalam dengan mak yang dah sarat dengan air mata. Abah ceria sahaja. Tak tahu apa-apa. Kami memulakan perjalanan dengan terus ke BKE sahaja. Singgah di Hentian Perah,lunch dan solat.Berbual sekejab dengan pak cik dia kata"Pagi ni lepas bersalam dengan Nu'man baru mak cik ras sedih bila lihat Nu'man menangis". Jalan tak banyak kereta mungkin tak semua negeri cuti Thaipusam kot. Terus ke Pasir Tumbuh, tanpa singgah di mana-mana. Kondisi jalan yang berlubang dan banyak terhentak buat mak cik mengadui sakit. Tiba di PT Zaffran sedang didukung ibunya melihat kucing. Dia macam tak kenai ja toknya. Kami dinner dan terus merehatkan diri.

Friday, February 6, 2009

Buat Yang Tersayang


Hati terasa riang sikit bila anak-anak balik. Petang ni siap buat Mee Hokkien dan cake lagi. Baju semua dah siap ironed agar abu tak kecuh-kecuh pagi-pagi. Sian abu dah 2 malam tak tidur siapkan soalan periksa Final Sem. Mula kata orang Shah Alam nak mai tapi tak jadi pula. Padanlah bila dia called dengar suara ceria saja. Aku ingat orang Shah Alam pilih soalan dia. Hari ni duk surveyed dalam rumah aje...lepas maghrib nak beranjak ke AS semula. Hopefully dapat jumpa bang cik tapi nampak gaya tak dapat kot. Kemarin dapat result bang Cik....depa komen memuaskan..tapi perlu dipertingkatkan kerana Mara dan Petronas memerlukan point 35 ke atas untuk ke luar negara. Minggu depan ada Akedemik Week kat KMB tak tau dapat attend ke tidak. Harap anak-anak faham kenapa ummi dan abu bagaikan abaikan you all. Muga tunjukajar ni akan diimplementkan bila kami berusia emas dan uzur nanti. To abang yang tak dapat buat medic at least umi dapat lihat ciri seorang doktor pada abang masa abang meladeni Wan. Keep up good work.

Cucu Menggamit


Pagi tadi dalam kalut-kalut sempat pula pergi Kursus Photoshop kat KKKB. Balik awal pergi ambik the boys. Sebelum tu pi jumpa Warden asrama sembang pasal bang cu. Alhamdulillah..muga Allah melapangkan mereka yang membantuku di  akhirat kelak. Kakak ada pesan 1-2 barang dari Penang. Ada-ada saja cik kak ni. Ni pun kes Kutub Utara,Kutub selatan juga. Insyallah akan dapat jumpa Zaffran. 

Berjalan Lagi


Besar kemungkinan esuk pi Kelantan lagi. Mak cik akan buat operation di Kubang Kerian. Aku pergi sebab mak tanya"Boleh ka pi teman mak cik?" Aku jawab kalau Abu bagi boleh aja. Bang cu aku minta jasabaik seseorang untuk masukan  ke asrama. Desperado sangat-sangat. Bab tu abang akan uruskan Selasa ni. Aku tengah masak cheese cake untuk tinggalkan pada the boys yang akan tunggu rumah BI. Malam ni bang cik akan balik dan abang akan ambilnya di Juru. Besok depa dah rancang nak pi fotography kat mana entah.  Abu akan ikut pi Kulim jaga Wan. Wan pun dah 2x pandai pi toilet sendirian.  Hari ni makan suap sendiri, yang sukanya bila minum air dia suka pusing-pusingkan cawan. Dulu mungkin kami tak berapa perasan sanagt geraklaku wan, tapi bila dah dok peratinya memang banyak yang kami discover tentang wan. Aku suka ajak dia berbual.Hari tu aku beli buku tentang kapal Haji Malaya. aku bacakan dan nampak air matanya meleleh. Adakah dia terfikir masa adakah ruang untuknya menjadi tetamu Allah lagi??Insyaallah itulah yang didoakan.

Tuesday, February 3, 2009

Doa Buat Ibu

Belaian Ibu


Tertanam naluri keibuan amat mendalam 
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan 
Oh... ibu 

Di bahumu tergalas beban 
Perjalananmu penuh rintangan 
Kau titipkan kasih sayang 
Sejujur pengorbanan 
Tak ku nafikan 

Di saat kita berjauhan 
Rasa ingin ku berlari 
Mendakapimu penuh girang 
Bak si kecil kehilangan 

Kau insan penyayang 
Betapa ku merindu 
Lembutnya belaian ibu 
Membuatku terlena 

Di wajah terlukis tenang 
Debar di dada kau rahsiakan 
Ku pastikan dikau aman 
Dikurnia sejahtera 
Tak ku lupakan 

Di saat kita berjauhan 
Rasa ingin ku berlari 
Mendakapimu penuh girang 
Bak si kecil kehilangan 

Tiada aku tanpa ibu 
Hanya (kau) satu didunia 
Bertakhta dikau dijiwaku 
Kau lah ibu yang tercinta 

Kau insan pengasih 
Betapa aku mengharap 
Hadirnya restumu ibu 
Membawaku ke syurga 

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan 
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu 
Oh... Ibu

Jal Yang Ku Kenali



Aunty Jal yang aku kenali sudah menjadi jiranku hampir 5 tahun. Dia yang dulu di sebelah rumah kini menjadi jiran belakang rumah pula. Anak-anakku bagikan manja dengannya. Bila balik ada-ada makanan yang mereka minta Aunty Jal masakkan. Bersuamikan seorang Cina muslim ,Bro Yusuff menjadikan dia mahir memasak makanan cina. Banyak resepi yang diperkenalkannya kini jadi kegemaran kami sekeluarga. Kini dialah yang banyak membantuku melihat kebajikan bang cu bila aku di AS. Dia yang mempunyai ayah yang dah tua dan ibu yang kena pergi dylisis 3x seminggu memang cekal dan tabah orangnya. Muga Allah melapangkan tempatnya di akhirat kelak kerana membantu melapangkan aku semasa di dunia ini. Itulah sahaja yang mampu ku doakan buatnya.  

Untuk Pengubat Hati-Hati Yang Lara


Nur Tuhan
Album : Pelita Hidup IV
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yang menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

c/o
Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Ke manakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku

Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti ditempa
Tanam budi luhur murni
Di akhirat tempat abadi

Himpun doa dipohon harapan
Pinta Rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengn Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan

Hati Yang Lara


Aku perlu menulis demi untuk melepas rasa hati yang lara.. Sudah seminggu Cik Nat sakit akibat brain tumurnya. Paginya dia ke KMC untuk CT Scan. Kata doktor saluran air otaknya tersumbat akibat hormon. Tu yang buat dia sakit tak tertahan-tahan.Sehari sebelum tu hampir jatuh di sekolah mujur berlaku di tempat ramai kalau tengah drive ke sorang-sorang ka...ya Allah aku takut membayangkan.  Pak cik pula sibuk menjaga abah. Aku yang jauh ni memang tak senang duduk bila dengar macam tu. Sekarang dia disaran berjumpa pakar neuro di HUSM. Mujur kakak ada kat sana at least dapat bantu apa yang boleh. Tumurnya statik saja , sekarang benda lain pula yang kacau. Aku doakan mereka tabah menghadapi dugaan ini. Aku pernah menemaninya semasa bertemu Pakar neuro di Hospital Penang 2 tahun lalu. Jika diizinkan Allah aku mohon diberi kesempatan  menemaninya kali ini. Sebagai anak tunggal aku faham perasaannya...aku tahu ketika ini dia amat perlukan sokongan moral dan adakalanya dia hanya ingin bersendiri. Muga Allah memudahkan segala urusan....dan menunjukkan jalan yang terbaik untuknya membuat pilihan. Ameen

Hitam Putih Kehidupan


Semalam hari yang paling sibuk .Selepas balik dari Himmah. Kak Lang memaklumkan yang aku perlu ke Juru mengambil Ammar. Bagai tahu-tahu dia dah sampai aku menaliponnya pada jam 4.21 pagi. Sebentar kemudian dia menalipon balik dan memaklum dah tiba di tol Juru. Aku dan lang bergegas pergi. Walaupun jalan agak lengang tetapi mataku yang tak berapa fokus waktu malam membuat aku perlu berhati-hati memandu. Paginya bergegas menghantar bangcu ke sekolah sebelum menerus ke utara. Tiba di TG  jam 8.30 pagi. Menyerah baju & kasut untuk abu bersiap ke tempat kerja .Kelas pukul 10pagi. Dia sempat info Ammar apa nak buat kalau wan nak ke toilet. Aku berdoa agar dia selamat sampai .Tahu ajelah kereta dia memang boleh pergi sampai 160 . Ke pasar pula mencari ikan dan sayur untuk  stok mak. Aduhai mahalnya ikan. Kalau eluk tak pa lah juga. Aku yang dah biasa dapat ikan segar dari Kuala Muda dan Penaga main pejam mata aje ambik ikan untuk lauk hari tu. Kalau tau nak balik memang beli siap-siap kat BI.Lepas masak dan makan kami bersiap untuk balik ke BI. Abah makin ceria. Nak tumpang duduk atas katil pun dah bagi. Jika tidak sehari sebelum tu memang dia marah sangat sapa yang bertenggek kat katilnya. Sabar ajelah ,orang kena stroke macam tu lah. Jam 3.30 pm  Bangcu called  dia dah sampai kat Mewah Jaya. So kena minta tolong Aunty Jal ambik anak angkat dia ke rumah. Sorry lah Jal.... Kami baru masuk Highway. Lang pula drive dah sihat sikit lepas pekena moi Wan tadi. Tiba di rumah kalut masak untuk dinner. Abu balik awal juga...so aku reportkan yang abah well behaved hari ini. Saja dia pun nak merajuk pada yang sayang kan...kata aku menceriakan hati abu yang rawan. Malam kami ke Sunway cari pinggan untuk kelas projek lang. Balik singgah makan kat kedai yang ada tag line "Telur ayam di basuh "tu. Bayar RM16 tapi tambah RM4 beli shampoo kereta kerana kereta bermandikan mist minyak dari gorengan char kew teow. Patutnya tokey kena tulis "Parking di sini di atas tanggungjawab sendiri.Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab di atas sebab keminyakan di atas kenderaan anda" Sabar ajelah.....

Salam Dari Gaza

* ini email dari seorang sahabat dari  bekas studentnya di Gaza. Muga Allah membuka hati kita untuk terus membantu mereka...al mustadaffin.

Asalam alikum Dr. 

It is now better than before but there is still some bombing from time to time. For rebuilding the houses, there are no building materials until now in Gaza, because these materials come from Israel. Also Egypt does not allow these materials to enter. We use Nylon for covering the windows, since it is cold these days here. I will send photos for my apartment for you inshaa Allah. Engineers from Jordan syndicates enter last week but they were stop inEgypt for days. There is still problem with fuel and electricity. Not every thing allowed to enter and the enemy destroys many farms small factories, trees, even chicken farms were destroyed .my greeting to your family , also my husband send his greetings to you and family.

Suheir 

Laporan HIMMAH-1 Februari,2009


Prog HIMMAH ini adalah anjuran FORUM Penyelarasan Umat P Pinang.
 
Objektif : sebagai program kemuncak menanam kesedaran pada umat Islam d P. Pinang ttg kezaliman Zionis dan keperitan saudara se Islam  Gaza.
 
Alhamdulillah, kehadiran dianggarkan 6000 org memenuhi Dewan Milenium.
Solat Maghrib & Hajat diimani oleh Ust Hafiz Nordin dari Persatuan Ulamak Pulau Pinang  diikuti dgn tazkirah.
Solat Isya & doa qunut nazilah oleh Dato Mufti. Makmum di belakang memenuhi dewan, masya Allah!
Alunan merdu Fakhrul Razi  Juara AQ  memperdengarkan peringatan Allah amat  mengasyikkan.
Persembahan Nazrey exRaihan juga mantap. .
Dr Roslan  JIM Internasional  ucapan aluan memang  power!
Dato Mufti Pulau Pinang  pertama kali berucap merasmikan majlis dgn perasaan sebak dan melancarkan tabung untuk  Gaza. Dengan petikan ayat betapa satu sadaqah ibarat setangkai gandum berbuah tujuh ratus butir.
Ust Mutallib  pendakwah yang pondoknya di Kubang Semang pula dengan tegas mengimbas kembali perjalanan seerah Nabi dalam berdepan dengan orang Yahudi dan cara menjatuhkan kerajaan Israel dipetik dari surah Al Hasyr :4  berjaya membuka mata dan minda kita.
Dr Danial  sebagai pengganti Cikgu Azmi, (TERAS ) yang masih di GAZA memang hit the target. Ucapan yg tegas ttg sikap umat Islam dlm isu boikot. Ditekankan ttg perlunya kita menjelaskan kpd masyarakat  luar sana kenapa pejuang Hamas memerangi Zionis, siapa punca krisis Palestin dsb..
Kita juga ada ucapan dari anak Pelastine yang dinafikan hak untuk kembali ke bumi kelahirannya. Bagaimana ia dihalang dari memasuki Jordan kerana dia anak Pelastine. Akhir acara ialah ikrar yg diketuai  oleh SU ABIM PP, sdra Syed Mikail.
Kutipan ialah (selepas 12 tgh mlm) RM33,000.00 . Ada lagi yg pledge...
Ini membuka lebaran baru kerjasama NGO Islam dlm isu2 ummat Islam PP yg lebih mencabar lagi di masa hadapan.
Ini bukti kita  boleh bekerjasama dan mengenepikan perbezaan masing2.
 
Banyak lagi pengalaman yg tak sempat dikongsikan di sini.
Tahniah kpd ikhwah/at yg telah telah bertungkus lumus menjayakan prog besar ini.
Semoga Allah berkati keikhlasan antum. Semoga kita terus bersatu mendidik umat Islam di P Pinang.
Wallahu a'lam.

YDP JIM P.Pinang

Malam HIMMAH Berjaya menyatukan NGO Islam...2Tahniah!


Ahad malam berlangsung HIMMAH. Aku bersama bang cu pergi awal untuk bertugas. Sudah ramai sahabat dari NGO lain sedang menyusun bahan pameran. Sementara menanti solat maghrib aku membantu menyebar risalah.  Lepas solat hajat segera keluar untuk bertugas. Aku tunggu je tepi pintu masuk sambil mulut ramah menyapa  orang yang keluar masuk untuk menghulurkan tangan ke tabung . Mataku berkerja keras merakam semua perkara yang berlaku di sekelilingku. Di belakangku gerai Karisma  Penang sarat dengan bahan jualan berupa tabung 1 rumah 1 tabung Pelastine, mafla ,badge,buku2 dll. Berbagai aktiviti berlangsung Kempen Tandatangan anjuran JIM, kempen mencari ahli. Seronok tenguk pelbagai ragam manusia dengan pelbagai ragam latarbelakang NGO Islam bersatu atas isu Ummah. Gerai JIM dengan adik2 Karisma cukup menarik dan team SPT berjaya menceria dan menarik pengunjung untuk menginfak sumbangan  kepada perjuangan rakyat Pelastine.. AllahuAkbar. ..Belum solat insyak tabung aku dah hampir penuh, dan aku juga jadi tempat adik-adik Karisma tukar duit untuk jualan mereka. Akhirnya tabung aku penuh dengan duit merah dan duit RM50 . Bila acara dah mula aku memberi vest dan tag petugas pada adik KRJ. Aku menamat tugas dan mahu ikuti acara di dalam dewan pula. Alangkah baiknya jika umat Islam sentiasa bersatu dalam segala hal tentu banyak masalah dunia dapat ditanggani segera.
 *laporan lengkap dalam entry berikut...sorry paste aje ......gambar pun tak ada Ixus dah tamat hayat. Yang ada kat rumah tu payah nak masuk dalam handbag pulak.


I'm Back


Sorry...dapat banyak komen tak suka wajah blog aku. Tu bukan apa saja bosan dan tak ada mood nak buat apa. Dulu masa Abu selalu outstation memang tak terasa sebab sibuk dengan anak-anak yang masih kecil. Dia pula sanggup tukar kerja sebab tak larat nak naik turun kapalterbang dan hotel. Kini bila anak-anak dah bertebaran ke sana dan sini memang tersa sunyi bila sendirian di rumah. Rumah pun bagai tak bernyawa. Tak ada orang nak diajak berbual, tak ada orang nak ajak kongsi cerita suka dan duka.Makan pun jadi tak lalu.Hai...rupanya makin lama kita bersama makin terasa rupanya erti kehilangan. Bila duduk di sejadah aku selalu membayangkan bila tiba saat nanti aku kehilangan seorang demi seorang yang dekat di hatiku.Tanpa disedari airmata menitis dan aku akan menyekanya perlahan kerana mati itu pasti dan aku hanya mohon dikuatkan hati menghadapi dan melalui saat-saat itu.

Sunday, February 1, 2009

Aduhai PuteriKu Sayang

Wanita tiang negara
Tunggak agama dan bangsa
Jasanya tiada terkira
Ibu dan isteri solehah

Taat setia pada suami
Kunci keluarga bahagia
Tabah sabarnya mengasuh mendidik
Anak berakhlak mulia

Wanita berjasa
Wanita solehah

Wanita tiang negara
Taatkan perintah Allah
Lemah lembutmu indah
Bicaramu penuh hikmah
Akhlak mu harta berharga
Kasih sayangmu penyeri
Hadirmu merubah suasana
Hidup ceria dan harmoni

Wanita... wanita...
Wanita solehah
Wanita... wanita...
Wanita berjasa

Wanita tiang negara
Tunggak agama dan bangsa
Jasanya tiada terkira
Ibu dan isteri solehah

Akhlakmu harta berharga
Kasih sayangmu penyeri
Hadirmu merubah suasana
Hidup ceria dan harmoni

( 1 )
Wanita... solehah
Wanita solehah
Wanita... berjasa
Wanita berjasa

Ruang Rindu


  
Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada
Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi
Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

Chorus 2x:
Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu bertemu