Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Monday, February 9, 2009
Aku di sini,kamu di sana
Awal pagi bawa Zaffran ke Klinik Nik Omar, di KB. Kesian aku tengok dia yang dah lama selsema dan batuk. Takut pula nanti dapat lelah macam ibunya. Balik dia dah nak tidur jadi aku tak ikut ke HUSM.Baca buku dan jaga dia. Kak Milah yang dah biasa dgn USM jadi petunjuk arah. Ibu Zaffran dah tolong buat kad untuk mak cik.Petang masak nasi goreng ja dan naik ke bilik awal sebab Zaffran dah tidur awal pula. Kakak bagi tau pak cik maklumkan yang operation akan dibuat hari Isnin. Mula nak release air dalam kepala sahaja tapi dicadangkan operate tumor tu sekali. Dah 5cm.Besar tu dan saraf hearing, rasa, ntah apa lagi dah terganggu. Pak cik nampak sedih sangat. Ya lah sapa pun tentu macam tu. Misi bawa abah dan mak ke Kulim dah berjaya. Aku kerahkan Ammar bawa adik-adik ke sana supaya dapat bagi wan ceria bila tengok dia. Sebelum tu abah moody bila Ammar balik ke BI dengan Major petang tu.Agaknya bila Ammar jaga dia,bawa pi mandi dll dia dah macam selesa bila orang lain take over dia nak sesuaikan diri take time pula. Lagipun Isnin bang cik dah nak balik Banting nanti tak sempat jumpa Abu pula. Aku hubungi adik di KL.Dia turut bersedih atas apa yang berlaku dan berdoa untuk kami. Dan aku mendoakan kejayaan interviewnya dengan Permata,Petronas 16hb nanti.Aku mengira ngira di dalam hati apa yang akan berlaku seterusnya.........esuk aku akan ke HUSM menemani pak cik menempuh saat-saat yang panjang di wad Neuro. Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment