Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Tuesday, February 3, 2009
Jal Yang Ku Kenali
Aunty Jal yang aku kenali sudah menjadi jiranku hampir 5 tahun. Dia yang dulu di sebelah rumah kini menjadi jiran belakang rumah pula. Anak-anakku bagikan manja dengannya. Bila balik ada-ada makanan yang mereka minta Aunty Jal masakkan. Bersuamikan seorang Cina muslim ,Bro Yusuff menjadikan dia mahir memasak makanan cina. Banyak resepi yang diperkenalkannya kini jadi kegemaran kami sekeluarga. Kini dialah yang banyak membantuku melihat kebajikan bang cu bila aku di AS. Dia yang mempunyai ayah yang dah tua dan ibu yang kena pergi dylisis 3x seminggu memang cekal dan tabah orangnya. Muga Allah melapangkan tempatnya di akhirat kelak kerana membantu melapangkan aku semasa di dunia ini. Itulah sahaja yang mampu ku doakan buatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment