Prog HIMMAH ini adalah anjuran FORUM Penyelarasan Umat P Pinang.
Objektif : sebagai program kemuncak menanam kesedaran pada umat Islam d P. Pinang ttg kezaliman Zionis dan keperitan saudara se Islam Gaza.
Alhamdulillah, kehadiran dianggarkan 6000 org memenuhi Dewan Milenium.
Solat Maghrib & Hajat diimani oleh Ust Hafiz Nordin dari Persatuan Ulamak Pulau Pinang diikuti dgn tazkirah.
Solat Isya & doa qunut nazilah oleh Dato Mufti. Makmum di belakang memenuhi dewan, masya Allah!
Alunan merdu Fakhrul Razi Juara AQ memperdengarkan peringatan Allah amat mengasyikkan.
Persembahan Nazrey exRaihan juga mantap. .
Dr Roslan JIM Internasional ucapan aluan memang power!
Dato Mufti Pulau Pinang pertama kali berucap merasmikan majlis dgn perasaan sebak dan melancarkan tabung untuk Gaza. Dengan petikan ayat betapa satu sadaqah ibarat setangkai gandum berbuah tujuh ratus butir.
Ust Mutallib pendakwah yang pondoknya di Kubang Semang pula dengan tegas mengimbas kembali perjalanan seerah Nabi dalam berdepan dengan orang Yahudi dan cara menjatuhkan kerajaan Israel dipetik dari surah Al Hasyr :4 berjaya membuka mata dan minda kita.
Dr Danial sebagai pengganti Cikgu Azmi, (TERAS ) yang masih di GAZA memang hit the target. Ucapan yg tegas ttg sikap umat Islam dlm isu boikot. Ditekankan ttg perlunya kita menjelaskan kpd masyarakat luar sana kenapa pejuang Hamas memerangi Zionis, siapa punca krisis Palestin dsb..
Kita juga ada ucapan dari anak Pelastine yang dinafikan hak untuk kembali ke bumi kelahirannya. Bagaimana ia dihalang dari memasuki Jordan kerana dia anak Pelastine. Akhir acara ialah ikrar yg diketuai oleh SU ABIM PP, sdra Syed Mikail.
Kutipan ialah (selepas 12 tgh mlm) RM33,000.00 . Ada lagi yg pledge...
Ini membuka lebaran baru kerjasama NGO Islam dlm isu2 ummat Islam PP yg lebih mencabar lagi di masa hadapan.
Ini bukti kita boleh bekerjasama dan mengenepikan perbezaan masing2.
Banyak lagi pengalaman yg tak sempat dikongsikan di sini.
Tahniah kpd ikhwah/at yg telah telah bertungkus lumus menjayakan prog besar ini.
Semoga Allah berkati keikhlasan antum. Semoga kita terus bersatu mendidik umat Islam di P Pinang.
Wallahu a'lam.
YDP JIM P.Pinang
No comments:
Post a Comment