PELBAGAI ilmu dalam bidang penulisan dapat dipelajari dan dijadikan panduan untuk muncul sebagai penulis kreatif berbakat dalam usaha memenuhi permintaan pasaran buku bahasa Melayu negara ini diperoleh pada Bengkel Penulisan Kreatif KarnaDya Solutions Sdn Bhd.
Lebih 30 peserta yang berminat mendalami bidang penulisan dan mendapatkan inspirasi bagi menceburi dunia penulisan hadir pada bengkel di di Dewan Mawar, Perpustakaan Kuala Lumpur, baru-baru ini, diberi peluang mendapat panduan menghasilkan buku masakan, buku mewah, novel grafik, chic-lit selain buku prasekolah.
Pemilik KarnaDya yang juga pengarang tersohor, Aina Emir, berkata bengkel terbabit bertujuan membantu calon penulis melihat penulisan sebagai kerjaya yang memberi pulangan lumayan jika kena caranya dan serentak itu dapat membantu negara melahirkan bangsa yang suka membaca.
2 comments:
glamor toi masuk paper..hihhi..
bngga kakak tnjuk gmbr ummi kat paper kat satu opis...hahahaha..depa kata, ptut la dia suka baca buku...mak pun sama..hehehe
Post a Comment