Friday, February 20, 2009

Hari pertama bersendiri


Selepas abu ke pejabat. Tinggal aku mengemas dan membasuh apa yang patut. Bermula dengan menggosok kain sampailah tengahari. Aunty Jal called nak ajak makan cendul yang dibelinya. Sambil minum sambil sembang. Hal orang sakit dan peneman orang sakit. Dalam NST tengok gambar krane terbalik kat Jambatan semalam. Kalaulah orang PLUS,Polis dll bertindak cepat mungkin banyak kerugian dapat dielakkan. Belum lagi jika berlaku emergency spr gempa ka, kena attack dengan UFO ka....hai macam mana agaknya kecuh. Belumlah ambik kira berlaku kiamat memang tak payah fikir apa-apa dah. Hai..melalut entah apa-apa..ni kes sunyi dan bosan tak dak orang nak sok sek sok sek dan murai.com dah kat rumah. Jadi mak macam tu lah kena tahan hati,kena tabah melepas anak terbang jauh. Airmata memang bergenang cuma tak sempat nak mengalir je. Mujur ada internet boleh check flight dah departed ka, dah arrived ka, dah landing ka dll. Esuk budak asrama pula balik. Nak masak apa lah pulak?????Rancang....dan sediakan wang.

1 comment:

Dayah @ Real Ummu said...

salam ziarah makcik..lama tak berjumpa

-dayah kwn Qay-