Monday, February 23, 2009

Cuba Mengerti


Bagaikan rutin kami berdua akan pulang membantu  mak di TG bila hujung minggu. Pada mulanya abah macam ceria je, makan aku suapkan cuma ke bilik air tu kena juga  Cik Bedah temankan. Kadangkala berbagai perasaan bercampurbaur bila melihat abah. Kadang kami suka bila dengar dia berceloteh dan adakala sedih, sayu dan air mata mengalir tak terasa. semuanya bermula bila dia bertanya"Ammar mana" Abu kata"Ammar tak dak balik pi mengaji""Pi mengaji?"soalnya balik. Bila dia nak ke bilik air kepalanya terjenguk-jenguk bagaikan mencari Ammar yang dah tak ada. Petang tu mak tersilap sebut"Ammar balik naik kapal terbang"Abah cepat menjawab"Tak mau...tak mau...tak mau"sambil menggoyangkan tangannya. Kami yang memerhati hanya terpaku tak tahu apa nak kata dan meneka perasaannya ketika itu. Masih teringat perktaanku pada Ammar"Tak palah Ammar masa kecik abang menangis kena marah dengan mak tok sebab nakal, tapi bila nak dah besar ni  mak tok pula menangis sedih pasai abang dah tak boleh tolong jaga wan lagi". Memang mak tok menangis sakan, tak pernah aku tengok mak macam tu. Dan aku turut sayu dan terharu kerana anak aku dapat juga mencurah bakti walaupun sekejab sahaja. Muga Allah memudahkan banyak urusan kita jika dapat  membantu memudahkan urusan orang lain tambahlah pula kerabat.  Khamis ni abah kena ke KMC untuk rutin check . Persoalannya...siapa  yang dapat meluangkan masa untuk bawa abah ? Mari rebut pahala.

No comments: