Tuesday, February 24, 2009

Ubat Kasih


Damba belaian: Pesakit kronik perlukan simpati penjagaan penuh sayang anggota masyarakat bagi meneruskan saki-baki kehidupan

BELAIAN, perhatian dan penjagaan. Inilah perkara asas diperlukan pesakit kronik, tetapi malangnya sukar diperoleh akibat sikap anggota keluarga mahu pun petugas yang merawatnya. 

Ibarat pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, sukar sebenarnya menyelami isi hati pesakit ini yang diselubungi keresahan selepas mengetahui penyakit dialami serta pelbagai proses rawatan susulan. Lebih sukar, bagaimana menempuh hari mendatang serta penerimaan anggota keluarga sendiri dan masyarakat sekeliling.Pelbagai persoalan yang bermain dalam kotak fikiran mereka sebenarnya. Malangnya, ramai yang salah tanggapan terhadap pesakit ini yang menganggap usaha memberi ubat serta rawatan saja sudah memadai. "Tidak ramai yang mengendahkan aspek yang tidak kurang pentingnya iaitu soal hati dan perasaan mereka. Pada peringkat ini, aspek simpati, belaian, perhatian dan penjagaan daripada orang tersayang serta petugas kesihatan boleh memberi kekuatan kepada mereka berdepan hari-hari mendatang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Hospis, Dr Ednin Hamzah. Katanya, pesakit yang dirujuk kepada Hospis Malaysia lazimnya berada dalam keadaan yang terlalu tenat dan tiada harapan sembuh. Lebih sedih lagi, ada anggota keluarga yang tidak tahu apa perlu dilakukan.

*dipetik dari Berita Harian.

No comments: