Monday, February 9, 2009

Perjalanan Yang Panjang


Aku bersiap awal untuk bersama Misi Kesihatan ke HUSM. Rumah mak sudah dikunjungi tetamu sejak awal pagi. Kini masa makan kami tidak semeriah dulu, sapa dan sapa makan(sapa sempat makan dulu)Hampir 10 pagi pakcik dan mak cik tiba. Setelah makan-makan sekejab bermulalah drama minggu ini. Masing-masing bertangisan melepas mak cik ke HUSM.Aku bersalam dengan mak yang dah sarat dengan air mata. Abah ceria sahaja. Tak tahu apa-apa. Kami memulakan perjalanan dengan terus ke BKE sahaja. Singgah di Hentian Perah,lunch dan solat.Berbual sekejab dengan pak cik dia kata"Pagi ni lepas bersalam dengan Nu'man baru mak cik ras sedih bila lihat Nu'man menangis". Jalan tak banyak kereta mungkin tak semua negeri cuti Thaipusam kot. Terus ke Pasir Tumbuh, tanpa singgah di mana-mana. Kondisi jalan yang berlubang dan banyak terhentak buat mak cik mengadui sakit. Tiba di PT Zaffran sedang didukung ibunya melihat kucing. Dia macam tak kenai ja toknya. Kami dinner dan terus merehatkan diri.

No comments: