Tuesday, February 3, 2009

Malam HIMMAH Berjaya menyatukan NGO Islam...2Tahniah!


Ahad malam berlangsung HIMMAH. Aku bersama bang cu pergi awal untuk bertugas. Sudah ramai sahabat dari NGO lain sedang menyusun bahan pameran. Sementara menanti solat maghrib aku membantu menyebar risalah.  Lepas solat hajat segera keluar untuk bertugas. Aku tunggu je tepi pintu masuk sambil mulut ramah menyapa  orang yang keluar masuk untuk menghulurkan tangan ke tabung . Mataku berkerja keras merakam semua perkara yang berlaku di sekelilingku. Di belakangku gerai Karisma  Penang sarat dengan bahan jualan berupa tabung 1 rumah 1 tabung Pelastine, mafla ,badge,buku2 dll. Berbagai aktiviti berlangsung Kempen Tandatangan anjuran JIM, kempen mencari ahli. Seronok tenguk pelbagai ragam manusia dengan pelbagai ragam latarbelakang NGO Islam bersatu atas isu Ummah. Gerai JIM dengan adik2 Karisma cukup menarik dan team SPT berjaya menceria dan menarik pengunjung untuk menginfak sumbangan  kepada perjuangan rakyat Pelastine.. AllahuAkbar. ..Belum solat insyak tabung aku dah hampir penuh, dan aku juga jadi tempat adik-adik Karisma tukar duit untuk jualan mereka. Akhirnya tabung aku penuh dengan duit merah dan duit RM50 . Bila acara dah mula aku memberi vest dan tag petugas pada adik KRJ. Aku menamat tugas dan mahu ikuti acara di dalam dewan pula. Alangkah baiknya jika umat Islam sentiasa bersatu dalam segala hal tentu banyak masalah dunia dapat ditanggani segera.
 *laporan lengkap dalam entry berikut...sorry paste aje ......gambar pun tak ada Ixus dah tamat hayat. Yang ada kat rumah tu payah nak masuk dalam handbag pulak.


No comments: