Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Tuesday, February 3, 2009
Hati Yang Lara
Aku perlu menulis demi untuk melepas rasa hati yang lara.. Sudah seminggu Cik Nat sakit akibat brain tumurnya. Paginya dia ke KMC untuk CT Scan. Kata doktor saluran air otaknya tersumbat akibat hormon. Tu yang buat dia sakit tak tertahan-tahan.Sehari sebelum tu hampir jatuh di sekolah mujur berlaku di tempat ramai kalau tengah drive ke sorang-sorang ka...ya Allah aku takut membayangkan. Pak cik pula sibuk menjaga abah. Aku yang jauh ni memang tak senang duduk bila dengar macam tu. Sekarang dia disaran berjumpa pakar neuro di HUSM. Mujur kakak ada kat sana at least dapat bantu apa yang boleh. Tumurnya statik saja , sekarang benda lain pula yang kacau. Aku doakan mereka tabah menghadapi dugaan ini. Aku pernah menemaninya semasa bertemu Pakar neuro di Hospital Penang 2 tahun lalu. Jika diizinkan Allah aku mohon diberi kesempatan menemaninya kali ini. Sebagai anak tunggal aku faham perasaannya...aku tahu ketika ini dia amat perlukan sokongan moral dan adakalanya dia hanya ingin bersendiri. Muga Allah memudahkan segala urusan....dan menunjukkan jalan yang terbaik untuknya membuat pilihan. Ameen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment