Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Wednesday, February 25, 2009
Permata Untuk Adik
Cuaca agak mendung mungkin hujan akan turun lagi. Tetapi di ufuk sana ternampak cahaya matahari menjenguk malu. Aku sedang membelek hp bila ternampak ada missed call. Tanpa berlengah terus menghubungi yang empunya diri. Aku ddam mendengar bilah-bilah kata yang dituturkan. Alhamdulillah...airmata bergenang di bibir mata .Aku tumpang gembira kerana adikku berjaya dalam temuduganya. Walaupun bukan kali pertama tetapi aku turut bersyukur Allah melimpahkan rezeki kepadanya. Sebagai seorang kakak tak banyak yang aku lakukan sekadar secebis doa muga Allah memudahkan urusannya. Rupanya perkara yang kecil dan biasa bagiku besar erti bagi adikku ini. Air dicincang tak akan putus itulah kata peribahasa. Kadangkala dalam kesibukan mengurus keluarga kita kadang lupa bahawa ada hak yang kita abaikan. Puas Petronas dan Telekom buat iklan mengingatkan kita. Tapi maklumlah kita kan mudah lupa.Jadi panjang-panjangkanlah doa kita pada mereka yang tidak tahu kita mendoakan mereka. Muga doa kita itu akan berbalik memberi kebaikan kepada diri dan keluarga kita pula. Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment