Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Tuesday, February 3, 2009
Hitam Putih Kehidupan
Semalam hari yang paling sibuk .Selepas balik dari Himmah. Kak Lang memaklumkan yang aku perlu ke Juru mengambil Ammar. Bagai tahu-tahu dia dah sampai aku menaliponnya pada jam 4.21 pagi. Sebentar kemudian dia menalipon balik dan memaklum dah tiba di tol Juru. Aku dan lang bergegas pergi. Walaupun jalan agak lengang tetapi mataku yang tak berapa fokus waktu malam membuat aku perlu berhati-hati memandu. Paginya bergegas menghantar bangcu ke sekolah sebelum menerus ke utara. Tiba di TG jam 8.30 pagi. Menyerah baju & kasut untuk abu bersiap ke tempat kerja .Kelas pukul 10pagi. Dia sempat info Ammar apa nak buat kalau wan nak ke toilet. Aku berdoa agar dia selamat sampai .Tahu ajelah kereta dia memang boleh pergi sampai 160 . Ke pasar pula mencari ikan dan sayur untuk stok mak. Aduhai mahalnya ikan. Kalau eluk tak pa lah juga. Aku yang dah biasa dapat ikan segar dari Kuala Muda dan Penaga main pejam mata aje ambik ikan untuk lauk hari tu. Kalau tau nak balik memang beli siap-siap kat BI.Lepas masak dan makan kami bersiap untuk balik ke BI. Abah makin ceria. Nak tumpang duduk atas katil pun dah bagi. Jika tidak sehari sebelum tu memang dia marah sangat sapa yang bertenggek kat katilnya. Sabar ajelah ,orang kena stroke macam tu lah. Jam 3.30 pm Bangcu called dia dah sampai kat Mewah Jaya. So kena minta tolong Aunty Jal ambik anak angkat dia ke rumah. Sorry lah Jal.... Kami baru masuk Highway. Lang pula drive dah sihat sikit lepas pekena moi Wan tadi. Tiba di rumah kalut masak untuk dinner. Abu balik awal juga...so aku reportkan yang abah well behaved hari ini. Saja dia pun nak merajuk pada yang sayang kan...kata aku menceriakan hati abu yang rawan. Malam kami ke Sunway cari pinggan untuk kelas projek lang. Balik singgah makan kat kedai yang ada tag line "Telur ayam di basuh "tu. Bayar RM16 tapi tambah RM4 beli shampoo kereta kerana kereta bermandikan mist minyak dari gorengan char kew teow. Patutnya tokey kena tulis "Parking di sini di atas tanggungjawab sendiri.Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab di atas sebab keminyakan di atas kenderaan anda" Sabar ajelah.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment