Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Thursday, April 30, 2009
Cooking From The Heart
Wednesday, April 29, 2009
Belaian Rindu Belahan Jiwa
Rutin abah bagi yang ingin membantu menjaga abah/wan:
(terutama cucu-cucu yang bakal pulang bercuti, jauh dan dekat)
6am: Bangun, mandi dan solat subuh.
7 am: Menonton TV9 "Tanya Ustaz"
8am: sarapan dan makan ubat
1.pm: makan tengahari, makan ubat, wudu'
1.30pm: bersiap untuk solat zohor.
4pm: bersiap solat asar
5pm: minum milo o atau buah atau kuih.
6.45pm: mandi, wudu dan menunggu solat maghrib
8pm: makan malam, makan ubat
8.45pm : solat insya'
9.30pm siap untuk tidur, pasangkan ubat nyamuk dan kipas.
2am/4am: abah ke bilik air sendiri.
Tak Terungkap Kata
Teruja! Excited wah...tak terungkap kata. Itu perasaan saya ketika membuka NST sebaik tiba dari TG maghrib semalam. Saya memang hendak sangat pergi ke Park Royal Penang. Bukan jauh pun. Tapi nak bayar sendiri macam buang duit aja...Jadi since dah duduk sorang-sorang datang balik lah mood nak menulis. Dulu anak-anak memang memaksa saya menulis, sebab bila dapat hadiah penginapan percuma depa yang seronok lebih. The last time pergi dengan anak-anak tak ingat dah tahun bila. Penginapan di Mutiara Beach Resort, Penang. Dapat 2 malam tetapi saya tukarkan ke dua bilik untuk satu malam. Masa itu bawa yang lelaki sahaja. Tak muat kereta. Dan anak-anak really enjoyed themselves. Saya dan suami ? Kami pergi jalan-jalan tengok orchid farm di Teluk Bahang. 'Ammar yang ditinggalkan untuk menjaga adik-adiknya mandi kolam. Mandi laut tak digalakkan kerana banyak obor-obor. Saya ingat anak-anak marah sangata bila kami menolak hadiah ke Bukit Merah Resort, Cherating dan Swiss Inn. Masa tak sesuai dan di luar budget ketika itu. Seperkara yang saya belajar tentang diri saya ialah jika saya betul-betul memberi penumpuan kepada penulisan insyallah saya memang boleh buat. Masalahnya saya selalu memberi alasan untuk diri saya. Sampaikan suami pun sudah naik bosan bertanya bila saya akan menyudahkan manuskrip yang sedang saya usahakan. "Ala....sabarlah bang.!..baru dapat 140 muka surat...dua hari lepas laptop tak ada..nak menulis macam mana, rumah mak kan ramai tetamu datang saya tak sempatlah...ni dah balik rumah banyak kerja rumah yang nak diuruskan...esuk kan kita nak ke Kelantan pula..."..So the list will go on.....Respond suami mudah aja"ALASAN".Kalau saya beli laptop lain apa kata?" usulnya. "Ha..." saya teruja lagi.
Teruja!
WINNER THIS WEEK in Ulu Legong, Kedah![]() Must Do |
Open 24 hours, it is a popular spot with natural hot springs. The entrance fee is RM3 (adult) and RM1 (child).
You can dip your feet into the hot pool. If you can stand the heat, you can even immerse your whole body. But be warned: The water is very hot, so it is not advisable to jump in at once. Dip your feet first and slowly get used to the temperature.
Over the years, the local authority has done a great job in sprucing up the place and equipping it with good public amenities while visitors care enough to leave the place as clean as they find it.
There are five pools. The main pool is the hottest and no one ever takes a dip in here as steam can be seen rising from it. You can even boil eggs in it. It is also the source of the hot spring water supply for the other pools. There are two for adults, one for children and one for female visitors who want privacy. Temperatures range between 30°C and 60°C.
Apart from it being relaxing, people with ailments and skin problems come here for therapeutic treatment and to take advantage of the healing properties of the water which has a high sulphur content.
For those who want to stay overnight, there are several types of accommodation including chalet and dormitory. Early booking is a must to avoid disappointment. Or bring your own tent and pitch it at the camping site for a small fee. A number of homestays are available at Kg Desa Keda near the park.
Avoid
Don’t come in the afternoons because during the day, the water is very hot and you can’t do much except dip your feet in the pool (if you can stand the heat). You can let children play in a small stream running through the park. There’s a playground too.
School holidays and public holidays are not recommended as the park is usually overcrowded. Do come on Saturday and Sunday as these are working days in Kedah, so hopefully not many locals will be there.
Avoid wearing skimpy swimming suits as the park is located in a traditional village. Wear shorts, sarong or long pants with T-shirts.
Good Eats
There are food stalls inside and outside the park offering things like banana umbut curry, tapai pulut and cendol. They are tasty and cheap. Nasi lemak costs only 50 sen a packet and a bowl of laksa is RM2.50. In Baling itself, there are more choices and during fruit season, it’s a durian feast as locals operate fruit stalls on the roadside leading to the hot spring.
Top Shop
The only things you can buy are snacks and miscellaneous items in Baling. But drive for about one hour from Baling and you will reach the border town of Betong where you can shop for Thai fruit and other cheap goods like household and food items as well as bags and clothes.
Insider Tip
The park is in the shadows of the towering Gunung Gadung that separates Malaysia from Thailand. Massive limestone hills give a formidable character to the park. The adventurous can trek for five minutes to Lata Gading Waterfall, a lush green area where plants including herbs thrive but there are wild animals too.
You can visit an Orang Asli settlement, climb Gunung Baling or enjoy the cool waters of Sungai Angkat. Hire a local guide if you wish to explore the jungle and caves or climb the hill. Ask for details at the ticket counter of the hot spring park or call 04-473 2284 to make advance arrangements.
Share |
Monday, April 27, 2009
Tuai Padi Antara Nampak!
Hari ini saya berpeluang pulang ke rumah. siapa yang tak rindukan rumah. Rindu pada apa sahaja di rumah ini. Yang pasti sudah tentu rindukan teman sebilik sejak 28 tahun lalu. Memang kami jarang berpisah, jika dulu sesekali bila Abu ke luar daerah. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini memang dia jarang amat ke luar daerah. Pernah sekali dia berkata"Kalau awak tak ada tak tahu lah saya macamana" Saya terdiam. Dan setelah mengumpul ayat saya berkata"Mudah-mudahan Allah menggantikan isteri yang lebih baik buat awak" Lepas itu kami diam melayan perasaan. Minggu ini emak tidak berapa sihat. abah macam biasa. Ceria walaupun dia tak upaya diajak berbual, bercerita macam dulu-dulu.Saya diam-diam berdoa agar saya diberi ketabahan dan kecekalan mengharungi hidup di masa hadapan jika perlu menjaga suami sakit. Saperti apa yang emak lakukan. Jika bukan ibubapa menunjuk contoh yang baik, siapa lagi yang akan menjadi role model anak-anak. Di atas keprihatinan itu saya memohon izin untuk kembali ke TG membantu emak. Sehari suntuk bertungkus-lumus menyedia keperluan suami yang tinggal. Walaupun sekadar ikan kembung goreng itu saya pasti amat bermakna baginya untuk dinner malam ini apatah lagi kalau ada sambal tumis udang, sudah pasti dia kan terkenangkan saya yang sering menemaninya makan. Muga Allah memudahkan semua urusan!
Wednesday, April 22, 2009
Salam Dari Taman Muhibbah
Sudah dua hari beruzlah ke Utara. Disamping menganti tugas bibik yang pulang , saya juga mencari peluang menyiapkan berbagai tugasan yang sudah lama menanti. Hujan dan panas silih berganti. Abah dan emak biasa sahaja. Suasana sunyi kampong, haruman bunga kerak nasi dan cempa bagai membantu jari-jemari laju menyiapkan tugasan. Buku-buku dari PWTC masih bersusun belum dibuka apatah lagi dibaca. Memasak hanya sehari sekali. Masak pun ikut selera abah dan emak. Jadi masa inilah melakukan apa yang tidak dapat dilakukan di rumah. Bukan kerana suasana rumah tak condusive tetapi banyak distraction sebenarnya. Apa-apa pun..itu alasan sahaja! Terimakasih kepada tuan punya yang sanggup berpisah dengan laptopnya.
Tuesday, April 21, 2009
Semuga Berjaya!
Monday, April 20, 2009
Bukit Cahaya Seri Alam 3
Bukit Cahaya Seri Alam 2
semasa di BCSA kami mengisi petang dengan berjalan ke Taman Padi. Bagi yang tidak pernah melihat sawah pasti teruja melihat pokok beras. Bagi anak-anak saya yang dibesarkan dikelilingi sawah padi mereka tetap beraksi dengan kamera di tangan. Mujurlah sawah telah di tanam semula , dan anak-anak padi tengah membesar. Suasana sungguh damai dan sejuk mata memandang. Saya rasa mungkin inilah perasaan abah mertua saya setiap kali berada di petak sawahnya. Mungkin itu antara sebab dia terus bertahan mengerjakan sawah bertahun-tahun lamanya.Walaupun anak-anaknya sudah tamat belajar dan menjawat berbagai jawatan. Sawah di desa tidak lagi ditanam untuk dimakan tetapi lebih untuk dijual sebagai sumber pendapatan. Sebaik dituai dengan mesin padi akan terus dihantar ke kilang. "La tuan bendang pun tak dan nak rhasa beras sendhiri , nak makan pi la kedai beli" itulah ungkapan yang sering saya dengar ketika abah, mak dan sanaksaudara bercerita tentang hasil padi masing-masing. Sawah kini hanya tinggal nama sahaja. Sebahagian besar telah ditukar menjadi ruang pembesaran jalanraya dan lapangan terbang. Sawah hanya tinggal kenangan. Jika ingin merasai ketenangan itu jom berkunjung ke BCSA.
Kembali Bermesra Dengan Alam 1
Hidup ini memang penuh dengan berbagai kejutan. Saya tidak pernah merancang untuk datang lagi ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, di seksyen 8 , Shah Alam. Kerinduan untuk bertemu kak lang dan bang cik membuat kami berdua memutuskan untuk ke sana hujung minggu lalu. Asalnya ingin menginap di Intekma sahaja tetapi penuh pula. Jadi kan dunia di hujung jari saya pun search dan terjumpa chalet di Shah Alam. Terus hubungi dan terus menempah rumah Perlis, di Kg Idaman. Apa yang ada di sana? Pergi lah dan terokailah sendiri . Bagi kami masa terlalu singkat kerana perlu bergegas menghantar bang cik ke komuter Shah Alam pagi Ahad itu. Patutnya duduk lagi satu hari! Barulah puas. Namun apa pun satu pengalaman indah dan sungguh bermakna.
Pesta Buku Datang Lagi
Friday, April 17, 2009
Terapi Minda
Hari saja-saja AM ambik cuti. Apa lagi memanjakan orkid yang telah terabai sekian lama. Saya setakad tukang siram bab membaja, menyembur racun dan hormon memang kerja tetap dia. Hobi membela orkid terbina ketika di Taman Beserah, Kuantan lagi. Lama dah!. Hampir 30 tahun . Tetapi disebabkan berpindah-randah orkid pun sekejap mati , sekejap hidup . Sekarang, pantang jumpa anak ke pokok ke hm...adalah beli sepokok dua. Menantu pun tolong rajin belikan dari Kota Bharu. Di sana memang boleh dapat species dari Siam , Mymar hatta Vietnam sekalipun. Apa-apa pun belajarlah membina dan memupuk apa jua hobi yang akan menjadi terapi minda ,mata dan meredakan ketegangan di tempat kerja mahupun di alam rumahtangga.
Thursday, April 16, 2009
Rumah Kayu Tiang Seribu
Wednesday, April 15, 2009
Tuesday, April 14, 2009
Lupa Dirii
(alangkah indahnya kalau saya berdiri di depan pagar itu)
Usia Pengukur Tahap Amal
Tugasan yang paling mencabar bila kak lang diberi kepercayaan memasak untuk pengantin di hari perkahwinan kakak. Saya mencadangkan buat menu western kerana bila di meja makan pengantin tidak begitu berselera untuk makan.Jadi apakata jika kita buat yang mudah.Ertikata mudah dimasak dan mudah dimakan. Maka jika tidak silap terhidanglah Chowder Soup, Lasagna dan Black Forest.
Sebaik tamat diploma kami menggalakkan dia meneruskan pengajian ke peringkat ijazah. Walaupun pencapaian lang masa PMR dan SPM sederhana sahaja tetapi bila di universiti prestasinya sangat membanggakan. Munkin kerana minat maka dia memberi sepenuh hati dan perhatian kepada semua subjek. Pernah juga mencapai Anugerah Dekan. Dari sini saya belajar, tiap anak memang berbeza dalam semua segi. Kita tidak boleh memaksa mereka menjadi apa yang kita ingin jadi.Biarlah mereka memilih bidang yang mereka sukai asalkan bidang itu tidak menyanggah syariat dan ada prosfek kerja di masa hadapan.
Kini kak lang akan mengakhiri zaman pelajarnya dalam beberapa minggu sahaja lagi. Dunia di luar akan lebih mencabar. Tiada lagi leteran pensyarah semasa lecture atau kepala berat kerana menyiap tugasan. Yang pasti di luar sana keadaan akan lebih sengit dan mencabar. Berbagai cabaran menanti bagi menguji ketabahan , keupayaan hatta keimanan diri. Sempena ulangtahun ini Ummi & Abu sentiasa mendoakan agar kak lang berjaya di Final nanti dengan CGPA yang mantap.
"Teruslah melangkah kerana ummi & abu sudah tidak upaya mengikut setiap langkah lang cuma doa-doa sahaja mampu mengiringi. Dan lang sematkanlah di hati jika satu ketika nanti kak lang berada di puncak kejayaan atau kegemilangan jangan pernah lupa di satu ketika dulu ada ibubapa, sanak saudara,guru, pensyarah serta kawan-kawan yang membantu menempatkan kak lang di situ."
SELAMAT MENCAPAI USIA BARU,
BERTAMBAH USIA ,
MUGA BERTAMBAH AKAL DAN AMAL
Monday, April 13, 2009
Pisang Derhaka?
Apa nama botaninya tak tahulah pulak. Pokok pisang ini ditemui di pintu masuk Tree Top Walk, Sg Sedim ,Kulim semasa bertamrin bersama sahabat-sahabat Wanita JIM di sana.
Sunday, April 12, 2009
Blog & Azam Baru
Amat terasa betapa cepat masa berlalu. Tanpa disedari sudah hampir 6 bulan saya menulis di blog ini. Masa muda-muda dahulu saya rajin menulis diari. Segala yang dirasai semua dicatatkan.Dan adakala bila dibaca semula rasa ingin dipadam beberapa episode. Namun apa yang tercatat adalah merupakan catatan perjalanan hidup. Yang eluk ,yang suka, yang duka,yang buruk semuanya adalah ragam hidup insan bernama manusia. Tiba-tiba hati bagaikan teringat apakah kita dapat memadam catatan -catatan itu dari dibacakan malaikat di hari pengadilan kelak.
Gerun dan takutnya bila catatan hidup kita ditayang dan dibuka seluas-luasnya. Tiadalah lagi aib yang dapat ditutup dan tiada lagi tangan-tangan dan lidah-lidah yang dapat membohonginya. Maka berhati-hatilah wahai diri dalam mengendalikan kehidupan harian agar kita dapat menerima catatan hidup kita dari tangan kanan dan bukan dari tangan kiri.
Masa Untuk Berdua
Tengoklah! kami kan sehati. Pakai baju pun sedondon, pi sama-sama belajar pun sama-sama. Apa lagi nak buat kalau tak buat berdua. Saja syok-syok pi bengkel ni. Bagi support sambil cari tip and trick. Tu tu buat blog untuk Wanita Jim SPU.
Saturday, April 11, 2009
Langkah Baru Bermula
Wahai Jiwa Yang Murni
Thursday, April 9, 2009
Banjir Lagi?
Hujan turun bagai mencurah-curah. pagi ini. Kesihan bila mak melaporkan air melimpah masuk ke rumah. Mujur ada bibik tolong alihkan barang-barang. jika tidak mungkin teruk mak dan abah menguruskan hal rumah dilanda banjir. Waktu ini dengar kata masih hujan, siap dengan guruh lagi. Bila musim hujan hati selalu tak senang,Kenangkan mak dan abah jika perlu memunggah barang-barang rumah. Anak padi di sawah baru ditanam. Mungkin akan tenggelam dan belum tahu banyak mana pulak rezeki abah untuk tahun ini. .Air di Sungai Muda pun sudah melimpah tebing. Langkah berjaga-jaga perlu dilakukan agar tiada kemalangan jiwa berlaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)