Kak lang dan Bang Cik memang suka beraksi. Macam-macam aja, sih. Semasa di Rumah iklim memang seronok melihat bunga berkembangan. Dengar kata bila Mardi ambil alih tempat itu, 4 buah rumah musim akan diujudkan. Kosnya memang tinggi. tengokkan aircondnya....mahu beku mak tok kalau dibawa ke situ.Tika lawatan suhu 7 darjah. Bayangkanlah abang dan kak Raihan dengan suhu -1 darjah ke bawah.
Like father like son semua kaki posing. Asal ada signboard aja semua depa nak ambik gambar no! Tak pa lah asalkan semua gembira. Sekarang bukan macam dahulu, berhari berminggu nak bawa ke kedai untuk di cuci gambar-gambar. Sekarang masuk laptop dah boleh tengok apa yang cantik dan apa yang kurang. Baru-baru ini computer kat kedai gambar Fuji di Bertam sampai 'hanged" kerana memori kad saya berat sangat. Ada lebih 1500 keping gambar di dalamnya. Kalau CD hilang atau rosak maka hilanglah semua kenangan itu. Tidak seperti gambar -gambar yang dicuci b, masih tersimpan walaupun sudah bertahun mengumpul debu. Dan kami pun masih mampu bergelakketawa melihat aksi kami dan anak-anak ketika mereka menginjak remaja dan kedewasaan.
Walau dimana berada , ibu pasti sentiasa jadi tumpuan. Meskipun masing-masing perlahan-lahan meninggalkan alam remaja namun sifat keanakan dan ingin dimanjai masih tebal dalam diri mereka. Saya yang tahu kegemaran mereka pasti tidak lupa memasak sejenis -dua makanan kesukaan mereka. Hati bagai berbunga-bunga bila anak menyebut"...baru nak suruh ummi buat kuih ini" Hm..itulah agaknya telepathy anak-ibu. Kalau hampir setahun berkongsi segalanya di alam rahim, dididik dan dibesarkan bertahun-tahun pula mana bisa dilupai apa yang mereka idamkan. Yang pasti abu merekalah orang yang tak pernah lupa mengingatkan saya supaya masak apa-apa bila hendak menziarahi mereka. Pengalaman bertahun-tahun di luar negeri menjadikan dia sangat prihatin erti kerinduan dan kesunyian.
No comments:
Post a Comment