Thursday, April 30, 2009

Cooking From The Heart

Saya sukakan suasana ini, berkumpul riuh-rendah menyedia bahan untuk dimasak. Setelah siap sama-sama pula memasak, merasa, mengomen,menghidang dan akhirnya makan beramai-ramai. Itu adalah gambaran kehidupan di kampong bila berkumpul sesekali ketika cuti panjang atau bila menyambut datangnya hari raya.

Menawan hati lelaki tentulah dari perutnya. Itu pesanan arwah emak. Ketika itu saya selalu mengomel di dalam hati"Hai...tak kuasa nak dok dapur lama-lama....lagipun sapa yang nak kawin. Tak nak lah kawin! "Tapi...hai bila jodoh dah sampai ikan di laut, asam di darat dalam periuk bertemu juga. Bila dah kahwin mulalah gelabah tak reti memasak. Zaman sekarang ada juga boleh search kat internet dan buku masak berlambak di pasaran.


Rajin atau malas tu aja.Kemahiran memasak sebenarnya memang datangnya dari hati. Kalau dah suka...susah ke, lama ka, banyak bahan ka, banyak belanja ka..semua tak jadi hal punya. Tapi kalau dah tak nak terperamlah segala bahan dalam peti sejuk berhari berminggu belum dapat ditransform jadi satu hidangan yang enak dan menyelerakan.silap-silap haribulan semua akhirnya ke tong sampah jua.!


Pengalaman belajar memasak bermula ketika tinggal di England. Guru saya? Sudah pasti buku masak yang dibawa dari Malaysia dan buku resepi yang dipinjam di perpustakaan universiti Sussex. Mula-mula tu hai..macam-macamlah rasanya mujurlah suami pun tak cerewet....atau tak dak pilihan kot..telan aja lah. Bila dah lama memasak, mulalah datang keseronokan dan keghairahannya apatah lagi bila suami dan tetamu memuji. Usiapun masih muda apalagi hati membara bila masakan tak menjadi. Setelah 'terpaksa' memasak selama hampir 29 tahun tentu segalanya bagai dalam kepala. Tambah pula sejak 1-2 tahun emak mertua pun tak berapa sihat jadi bila balik ke  TG  dia menyerahkan kepada saya apa yang hendak dimasak. Dan biras-biras akan merujuk kepada saya yang konon-konon depa kata jadi 'Master Chef'. Saya tak kata depa yang kata..ya!


Memandangkan  pengalaman belajar memasak bermula di UK  sudah pasti speciality saya ialah kek, pastry dan western food. Suami pula memang  suka tentulah menu tu juga yang jadi idaman anak-anak  bila sesekali pulang ke rumah. Jadi tak mustahillah kalau kat meja pengantin pun Western food juga yang jadi sajian. Kenapa saya menulis tentang ini semua? Insyallah..hari ini hari masak-memasak kerana anak-anak akan pulang dan insayaallah esuk akan bertamu ke Pasir Tumbuh. Biasalah...jalan kan kena bawa buah tangan , saja ikut sunnah Nabi SAW.












3 comments:

Lady Qay said...

ummi nak kek coklatttt

`Ammar Muhd said...

buat la kek coklat..buat la bihun sup..buat la laksa...xheran~~~

We Haus Enterprises said...

hati ni bukan x kesian kat orang jauh, tapi tak lah sampai org dekat kena makan sayur air memanjang.Sian...abang!