Thursday, April 2, 2009

Andaiku Tahu Bila Datangnya..

Awal pagi dikejutkan denagn kematian jiran.  Masa hantar bang cu sempat menziarahinya di HSAH.  Penyakit kencing manis dan kaki sudah dipotong 3x menjadi penyebab kematiannya. Malam sebelum itu aku dan suami dikejutkan dengan kematian pak cik Hamzah atau Pak Long. Masih terbayang wajah sayunya ketika aku membantu memandikan jenazah isterinya tahun lalu. En .Abu yang baru pulang dari kerja terkejut  amat kerana masa solat subuh pagi itu pak long bersolat disebelahnya. Teringat janji Allah" Sesunguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu" -Al Jumu'ah:8. Aku terfikir keadaan umat Islam masakini dimana sahaja. Hiburan bagaikan api yang marak menyala ,membakar ruang-ruang iman. Masa banyak dihabiskan pada apa saja yang menghiburkan hingga sanggup mengabaikan  peluang mencari ilmu dan menyiapkan bekalan ke akhirat.  Oleh itu wahai diri, "Banyaklah oleh mu menyebut nama Allah disegenap keadaan kerana tidak ada sesuatu amal yang lebih disukai Allah dan tidak ada yang banyak melepaskan hambanya daripada bencana di duni dan di akhirat daripada menyebut nama Allah ( berzikir). 
Hadis dari al Tarmizi

al fatihah

1 comment:

Ibu Alin said...

sejuk mata memandang blok kak cik...teh tak pandai guna xtml...