Hujan sudah tidak turun sejak beberapa hari lalu, maka sudah jadi tugas saya membantu menyiram pokok -pokok emak. Ketika menyiram mata saya tertancap ke bunga orkid yang berkembangan di laman . Bila membeli orkid saya sering meminta suami membeli sepasu orkid untuk emak. Bila menantu saya membeli 2 pasu, sudah pasti sepasu akan saya hadiahkan pada emak. Saya suka melihat keceriaan emak bila melihat dan bercerita tentang orkidnya. Namun sejak abah ditimpa strok dan emak pula patah jari kaki dia sudah tidak upaya menyiram dan membaja pokok-pokoknya. Jumaat lepas dia marah sangat bila cucu-cucu saudaranya memetik orkidnya untuk main masak-masak. Nak marah pun budak-budak. Sabar aje lah.!
Ahad lepas sekali lagi bersama abah ke KMC. Rutin check up. Abah sudah makin sembuh. Cuma ingatannya masih bercelaru. Makan mesti dijemput, disuruh makan dan alhamdulillah dia sudah upaya ke bilik air sendiri. Cuma bila mendirikan solat mesti ada orang duduk di tepi. Mengajarnya niat, sehinggalah zikir sesudah solat. Kita cuma perlu memulakan dan abah akan n menyambung sehingga siap. Segala bacaan dan doa-doa masih tersimpan kemas dalam ingatan. Meskipun dia banyak lupa hal keduniaan namun bab solat memang dia tak lupa. Oh! saya belajar banyak perkara ketika menjaga abah dan emak. Amalan masa muda akan menjadi kelaziman bila kita tua dan kita sakit. Bayangkan jika kita mengira untuk memulakan segala ibadah bila sudah bersara. Adakah kita akan diberi peluang dan kesempatan itu ? Hanya diri kita sahaja yang mampu menjawab.
Rutin abah bagi yang ingin membantu menjaga abah/wan:
(terutama cucu-cucu yang bakal pulang bercuti, jauh dan dekat)
6am: Bangun, mandi dan solat subuh.
7 am: Menonton TV9 "Tanya Ustaz"
8am: sarapan dan makan ubat
1.pm: makan tengahari, makan ubat, wudu'
1.30pm: bersiap untuk solat zohor.
4pm: bersiap solat asar
5pm: minum milo o atau buah atau kuih.
6.45pm: mandi, wudu dan menunggu solat maghrib
8pm: makan malam, makan ubat
8.45pm : solat insya'
9.30pm siap untuk tidur, pasangkan ubat nyamuk dan kipas.
2am/4am: abah ke bilik air sendiri.
1 comment:
guidance tip
Post a Comment