Thursday, April 9, 2009

Banjir Lagi?


Hujan turun bagai mencurah-curah. pagi ini. Kesihan bila mak melaporkan air melimpah masuk ke rumah. Mujur ada bibik tolong alihkan barang-barang. jika tidak mungkin teruk mak dan abah menguruskan hal rumah dilanda banjir. Waktu ini  dengar kata masih hujan, siap dengan guruh lagi. Bila musim hujan hati selalu tak senang,Kenangkan mak dan abah jika perlu memunggah barang-barang rumah. Anak padi di sawah baru ditanam. Mungkin akan  tenggelam dan belum tahu banyak mana pulak rezeki abah untuk tahun ini. .Air di Sungai Muda pun sudah melimpah tebing. Langkah berjaga-jaga perlu dilakukan agar tiada kemalangan jiwa berlaku.

3 comments:

My Heart Draws A Dream said...

banjir kat tt gajah???siannya mak tok..mcm mana nak angkat brg..kaki mak tok pon tak ok lg kan...

ummiyati said...

Tak lah banjir macam selalu. cuma air masuk dari sliding door. Sofa pun basah and tilam kat bilik kecik tu mak tok kata boleh perah. Pekerja tok ngah Mud datang rescue sofa naik atas rumah. Kesian mak tok n wan.

syamil said...

x tau pon............