Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Saturday, April 11, 2009
Wahai Jiwa Yang Murni
Aku terkenangkan ayat-ayat yang dibaca imam pada solat subuh tadi.Pesan Luqman kepada anaknya"dirikanlah solat". Satu perkara yang mudah bagi yang sudah jadi amalan, tetapi payah bagi yang tidak dibiasakan dari kecil.Namun itu bukan alasan bagi yang baru ingin memulakan solat 5x sehari. Cuba perhatikan saudara kita yang baru kembali kepada agama Islam. Jika diperhatikan kadangkala mereka ini lebih baik penghayatannya berbanding kita yang mewarisi Islam dari ibubapa,nenek moyang kita. Semua terletak pada hati dan diri, .jika kita ingin bermula..solat cukup 5x sehari.Mulakanlah langkah hari ini juga , jangan kerana segala kekalutan kita sampai lupakan apa yang Allah perintahkan. Solatlah untuk diri kita, untuk bekalan kita dan untuk kita raih pertolongan di hari tiada siapa mampu memberi pertolongan. Hari diman ibu melupakan anak yang dikandungnya, dan hari suami melupakan isterinya. Wahai jiwa-jiwa yang murni janganlah bertangguh-tangguh lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment