Wednesday, April 22, 2009

Salam Dari Taman Muhibbah

Sudah dua hari beruzlah ke Utara. Disamping menganti tugas bibik yang pulang , saya juga mencari peluang menyiapkan berbagai tugasan yang sudah lama menanti. Hujan dan panas silih berganti. Abah dan emak biasa sahaja. Suasana sunyi kampong, haruman bunga kerak nasi dan cempa bagai membantu jari-jemari laju menyiapkan tugasan. Buku-buku dari PWTC masih bersusun belum dibuka apatah lagi dibaca. Memasak hanya sehari sekali. Masak pun ikut selera abah dan emak. Jadi masa inilah melakukan apa yang tidak dapat dilakukan di rumah. Bukan kerana suasana rumah tak condusive tetapi banyak distraction sebenarnya. Apa-apa pun..itu alasan sahaja! Terimakasih kepada tuan punya yang sanggup berpisah dengan laptopnya.

No comments: