Tuesday, April 14, 2009

Lupa Dirii

                                     (alangkah indahnya kalau saya berdiri di depan pagar itu)

Awal pagi teruja membuka NST. Alahai...tak ada rezeki nampaknya. Cuba lagi! Itu kata-kata untuk 'console' hati. Artikel dah dipilih cuma perlukan gambar penulis "alone". Itu yang tak dapat diberi. Bukan tak ingin diberi , memang tak ada gambar bersendirian. Jadi saya belajar satu lagi perkara. Ambil gambar orang tapi jangan lupa gambar  diri sendiri. Kita teruja merakam gambar orang lain, lanskap dan apa sahaja yang menarik minat tetapi jurufoto sering lupa meminta orang lain merakam gamabrnya di detik itu, di tempat itu. Jadi....untuk 'Ammar terutamanya  jangan sesekali lupa merakamkan bahawa satu ketika dulu abang pernah berada di situ dan di detik itu. Cuma kena berhati-hati siapa yang hendak disuruh. Silap hari bulan orang tu cabut dengan kamera  kita barulah putih mata namanya..

3 comments:

JAMAIY said...

Salam Ummiyati...saya Nuruddin. cantik dan tenang blog ni...teruskan menulis...penulisan ini ada genre tersendiri...menyentuh pembaca perlu dalam segenap segi...ini contoh blog yang meliputi aspek keibuan....Teruskan menulis Puan...

My Heart Draws A Dream said...

wah..dah jd blog contoh..ihihi...

ummiyati said...

Jzkk, di atas kesudian menjenguk dan memberi komen. Pada mulanya sekadar ingin berinteraksi bersama anak-anak dan kerabat terdekat. Namun apa salahnya jika sedikit pelajaran hidup dinukilkan agar dapat dimanfaatkan oleh pembaca.Muga yang baik dijadikan tauladan.