semasa di BCSA kami mengisi petang dengan berjalan ke Taman Padi. Bagi yang tidak pernah melihat sawah pasti teruja melihat pokok beras. Bagi anak-anak saya yang dibesarkan dikelilingi sawah padi mereka tetap beraksi dengan kamera di tangan. Mujurlah sawah telah di tanam semula , dan anak-anak padi tengah membesar. Suasana sungguh damai dan sejuk mata memandang. Saya rasa mungkin inilah perasaan abah mertua saya setiap kali berada di petak sawahnya. Mungkin itu antara sebab dia terus bertahan mengerjakan sawah bertahun-tahun lamanya.Walaupun anak-anaknya sudah tamat belajar dan menjawat berbagai jawatan. Sawah di desa tidak lagi ditanam untuk dimakan tetapi lebih untuk dijual sebagai sumber pendapatan. Sebaik dituai dengan mesin padi akan terus dihantar ke kilang. "La tuan bendang pun tak dan nak rhasa beras sendhiri , nak makan pi la kedai beli" itulah ungkapan yang sering saya dengar ketika abah, mak dan sanaksaudara bercerita tentang hasil padi masing-masing. Sawah kini hanya tinggal nama sahaja. Sebahagian besar telah ditukar menjadi ruang pembesaran jalanraya dan lapangan terbang. Sawah hanya tinggal kenangan. Jika ingin merasai ketenangan itu jom berkunjung ke BCSA.
Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Monday, April 20, 2009
Bukit Cahaya Seri Alam 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ummi..gmbr lang tak dak pon..tak aci ni..hihi
Hei...sendiri punya blog sendiri mau taruh la!
Post a Comment