Wednesday, February 25, 2009

Putriku Sayang


"Abumi, dah nak p intrvw .Doakan yang terbaik"Massage pendek dari kakak. Aku faham betapa dia sangat stressed minggu ni. setelah bertahun-tahun bekerja tentu dia ingin comfirm macam orang lain juga. Banyak benefit yang menanti tambah pula bila dah ada anak rasa mahu besarkan anak di rumah sendirilah pula. Sabarlah kakak, abu dulu pun dah anak 6 baru dapat beli rumah.Yang penting kami dah pergi haji sebelum usia mencecah 40tahun. Single income dan anak ramai tentu banyak pengorbanan yang dilakukan untuk mencapai cita-cita tu. Sabar itu banyak gunanya dan alhamdulillah dengan kesabaran itu seorang demi seorang anak-anak umiabu bakal meninggalkan menara gading pula. Dalam hidup ni kadang kita perlu tengok mana priority dulu. Target lah pi Mekah dulu ka.Bila dah buat yang wajib insyaallah Allah lorongkan banyak jalan rezeki yang kita tak duga-duga. Tak pernah termimpi pun kini kita ada sampai beberapa buah kereta dan beberapa buah rumah. Tapi kuncinya...tentulah sabar. Sabar hati,sabar perasaan dan sabar dalam ujian berumahtangga. Masih jauh perjalananmu, nak. Masih banyak ranjau yang akan ditempuhi insyaallah dengan taat pada Allah, pada Rasul dan pada suami .Allah akan beri banyak nikmah yang kita tak minta pun. Bila dah bersuami sudah pasti taat pada ibubapa sudah berpindah namun sebagai anak yang terdidik dengan agama insyaallah kakak akan dapat menimbang keduanya dengan adil. Kami tak kecik hati pun jika kakak mendahului suami kerana itulah yang dituntut agama cuma kami risau jika suamimu rasa terpinggir kerana kakak bagaikan  melebihkan kami. Fikir-fikirkanlah dengan hati yang tenang. Tiada yang lebih membahagiakan selain melihat dirimu dewasa dan bahagia.