Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Wednesday, April 8, 2009
Gol & Bola
Awal pagi dah terima called dari Harith. Apa lagi tanya result bola. MU seri,Arsenal pun seri. Hai...anak-anak aku ni, kalau kat asrama pun sanggup talipon rumah nak tau pasal game yang depa minat. Aku teringat anak seorang sahabat yang sanggup lari keluar asrama semata-mata nak tengok bola. Apa pun Nabi SAW mengajar kita bersederhana. Dan inilah yang aku dan En Abu cuba terapkan ke jiwa anak-anak. Inilah pula datangnya konsep zuhud. Dah ada baju bola nak beli lagi,tu yang tak kenanya.Kalau kasut bola pula ada orang dari Korea tolong sponsored. Tak palah kan hadiah PMR. Aku juga tak setuju pendapat kawan-kawan supaya banned kan bola dari anak-anak. Sukan tu kan baik,tapi kita sebagai ibubapa yang patut pandai menangani isu ini. Di era ini jika banyak sangat dibangkang dan di"haramkan" pun susah juga. Kadang depan kita depa pandai berlakon takut di belakang kita macam-macam yang pelik-pelik depa lakukan. Pesan Saidina Omar r.a "didiklah anak kamu mengikut zaman mereka". Jadi kerana itulah aku pun jadi kena pandai sikit sebanyak IT, supaya tak kena jual dengan mereka, insyallah.tak kot....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
haha insyaAllah Zaid dan Harith tu akan lebih matang nanti. zaman mencari identiti kan! biasalah. abg dgn Bangcik dah lalui.
Kalau harith ngan bolanya, teh pula dgn Intan..tiap2 hari angan call tanya apa jadi kat Intan..teh ni dah naik muak tgk sinetron yg tak abis2 dirundung malang...
layan ja teh..........hhmmm.....abg,kita dh melalui nawh....lawak2
Post a Comment