Hidup ini memang penuh dengan berbagai kejutan. Saya tidak pernah merancang untuk datang lagi ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, di seksyen 8 , Shah Alam. Kerinduan untuk bertemu kak lang dan bang cik membuat kami berdua memutuskan untuk ke sana hujung minggu lalu. Asalnya ingin menginap di Intekma sahaja tetapi penuh pula. Jadi kan dunia di hujung jari saya pun search dan terjumpa chalet di Shah Alam. Terus hubungi dan terus menempah rumah Perlis, di Kg Idaman. Apa yang ada di sana? Pergi lah dan terokailah sendiri . Bagi kami masa terlalu singkat kerana perlu bergegas menghantar bang cik ke komuter Shah Alam pagi Ahad itu. Patutnya duduk lagi satu hari! Barulah puas. Namun apa pun satu pengalaman indah dan sungguh bermakna.
Pertama kali melihat rumah itu hati sudah jatuh cinta. Bila masuk ke rumah seolah saya menjadi Alice in the Wonderland. Seolah kembali ke zaman tinggal di rumah 256, Lorong Masjid. Rumah lama itu itu sudah diubahsuai sehingga menghilangkan semua memori silam semasa zaman kanak-kanak. Insyallah...jika panjang umur bila rindukan rumah lama dan suasana hidup di kampong kami boleh kembali mengunjungi taman itu lagi. Sesekali kita ingin kembali bermesra dengan alam bagi menghilang ketegangan . Bawah rumahnya mengingatkan zaman main tiang 4, jengket ataupun jongkak tanah. Bawah rumah juga tempat orang kampung bergotong-royong memasak dan menghidang ketika ada kenduri kendara. Lihatlah tangga dan serambinya. Indahnya senibina orang Melayu silam.
Abu Muhammad pasti tidak boleh berenggang dengan laptop, broadband dan dunia luar. Great Speed, Great Coverage,Great Technology. Apatah lagi ketika ini tengah panas isu PRK Penanti. Ada ka tak dak? Semua boleh tahu melalui hujung jari. Ketiadaan Astro menjadikan rumah ini lokasi terbaik untuk anak-anak mengulangkaji dan menyiap assigment mereka malam itu. Jika tidak sudah pasti mereka menyorakkan pasukan bola pilihan mereka. Selepas itu kami membentang tilam dan tidur beramai-ramai mengembalikan nostalgia ketika mereka kecil. Di masa lalu jika ada anak yang demam , sakit atau bersunat maka kami akan membentang tilam dan ramai-ramai tidur meneman pesakit . Kadang-kadang terasa juga rindukan ruang tamu seluas ruang tamu di rumah Taman Uda . Suasana malam di Rumah Perlis memang sunyi dan sepi. Sesekali terdengar bunyi burung tukang membuat sarang.
2 comments:
dok kat bukit cerakah dpt rasa hidup di kg.luas dan sgt sunyi dan sepi..kalo stadi mmg kusyuk la takdak gangguan..satu pengalaman yg best walupun di shah alam..tak rasa mcm kat shah alam..nak promo ni..
Promo jangan x promo.Generasi y kena banyak balik ke basic supaya ada soft spot dalam diri. kawan lang tentu ada yang x peluang main toi dan tiang 4 bawah rumah. Sekarang nak main game semua kena beli atau kena bayar duit.
Post a Comment