Friday, September 4, 2009

Dairi Kehidupan



Semalam kami berdua berpeluang berbuka puasa di Kulim. Pagi ini Raihan akan berangkat pulang. Sehari sebelum itu Kauthar mengirim SMS ingin membawa wan dan mak tok ke Kulim. Saya yang selalu berpeluang memujuk abah untuk ke mana-mana segera mengirimkan tips memujuk kepadanya. Setelah bertolak campur beberapa kali maka akhirnya wan sampai juga ke Kulim. Emak dan abah sentiasa dari dulu akan memberi sokongan moral kepada anak cucu. Jika tiada aral, sakit demam mereka pasti akan hadir bertamu ke rumah anak-anak. Melihat cucu-cucu melangkah pergi merebut peluang menimba ilmu. Ketika masa sihat dia begitu pemurah sekali , menghulur sepuluh dua sebagai galakan kepada cucu. Jika akan ke luar negara lebih banyaklah imbuhannya. Secara tak langsung menjadi motivasi kepada cucu-cucu untuk berjaya dalam akademik. Hari ini kami berdua juga akan menyusuri Lebuhraya PLUS sekali lagi. Membayar hutang Hari Akademik KMB yang tertangguh . Kesempatan bermalam di Bangi sudah pasti insyaallah akan diisi dengan mencuba kelainan suasana bertarawih di sana. Dan malam nanti akan masuk malam ke 15, di mana pemburuan Lailatul qadar sudah pasti semakin hampir ke puncaknya. Peluang ini juga akan diambil bagi menziarahi anak dan cucu-cucu angkat kami di Rawang. Sudah bertahun-tahun bekas students suami mengajak kami bertamu. Namun ada-ada sahaja halangannya. Semuga perjalanan ini dirahmati Allah dan selamat tiba ke destinasinya.

No comments: