Ramadhan menjadikan bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh anak-anak yatim dari Rumah Abu Nur, Pengkalan Hulu. Bermula 2004 alhamdulillah saban tahun AJK Qaryah Masjid At Taqwa akan mencari ruang waktu untuk berkunjung dan menyampaikan sedikit cenderamata dan duit raya untuk anak-anak ini. Rumah yang menjadi tempat berlindung seramai 47 orang anak yatim dan miskin sudah mengalami perubahan yang besar. Pertama kali berkunjung sudah pasti berbeda dari apa yang ada hari ini. Rumah ini tidak pernah sunyi dari dikunjungi berbagai pihak. yang prihatin. Mereka tidak kurang keperluan fizikal tetapi mereka perlukan kasih dan perhatian. Mereka perlu banyak diberi suntikan semangat untuk maju dan berjaya dalam hidup. Mereka tidak harus dipinggirkan dari arus perdana hanya kerana mereka yatim dan miskin. Islam sangat memuliakan anak yatim dan kenapa tidak kita luangkan sedikit sudut hati untuk mengasihi dan memikir nasib
mereka..Kita tidak perlu menunggu datangnya Ramadhan untuk menjadi 'penjaga' mereka.Mereka ada keluarga besar, iaitu kita. Tidak inginkah kita mendampingi golongan yang akan mendampingi Nabi SAW di alam akhirat kelak?
Menyeru yang makruf adalah sangat dianjurkan Islam. Mengajak bukan Islam sama-sama menghayati keindahan Islam. Agama ini bukan hak exclusif orang Melayu. Sesiapa sahaja boleh kembali kepadanya. Setiap anak dilahirkan Islam ibubapa yang menjadikan mereka Yahudi dan Nasrani. Jika tidak didekati sudah pasti mereka makin jauh dan segala tanggapan negatif terhadap Islam akan terus berakar umbi dalam pemikiran mereka. Islam itu agama sejahtera sudah pasti ia akan melindungi manusia dan alam. Sampaikanlah walaupun satu ayat, itulah pesan Ar rasul SAW. Agar kita dapat melepaskan diri di hari perhitungan nanti.
Mencegah yang mungkar juga merupakan tuntutan Islam. Lawatan ke Hospital Kepala Batas menemukan kami dengan bayi comel ini. Bayi yang dilahirkan bagai kain puitih dari keturunan Melayu. Anak tidak sah taraf. menanti masa untuik dijadikan anak angkat atau terus dibesarkan di rumah kanak-kanak . Kesalahan si comel ini dibuang hanya kerana kelahiran yang tidak diperlukan. Dimanakah iman ibu dan bapanya ketika itu? Mereka yang bertanggungjawab membawanya ke dunia ini tetapi tega membiarkan dia terkapai-kapai merenangi lautan kehidupan yang maha dahsyat badainya. Anak ini insyaallah akan menjadi mukmin yang beriman dan boleh juga menjadi manusia yang menderhaka kepada Tuhannya. Nauzubillah.
Wahai jiwa-jiwa yang murni penuhilah dada-dada anak muda kita dengan iman agar kelahiran seperti ini terhenti di sini.
Wahai bayi yang tidak berdosa... dalam Ramadhan mulia ini, saya berdoa muga Allah menghantar kamu untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan yang sangat mendambakan kamu sebagai pelengkap kebahagiaan mereka dan dijauhi Allah dari jatuh ke tangan mereka yang tidak membesarkan Allah.Ameen
No comments:
Post a Comment