Lamanya tak menjengok blog. Sejak balik dari KMB ada-ada saja perkara nak diuruskan. Mesyuarat agong sudah berlalu. Apa yang saya hajati sudah Allah penuhi. Kini saya perlu mencongak relung-relung dakwah mana yang saya ingin fokuskan pula. Ruang dakwah sentiasa terbuka bagi yang ingin menyumbang. Kita yang patut pandai mencari peluang dan lubang. Allah tidak bertanya kejayaan yang kita raih tetapi sejauh mana kita telah bekerja untuk mengajak manusia kembali kepada cara hidup Islam. Masjid dan surau di tempat saya makin meriah dengan aktiviti malamnya. Bermula dengan majlis berbuka sehinggalah ke sahurnya. Saf-saf masih dipenuhi ramai makmum walaupun beransur kurang selepas 8 rakaat. Saya terkesan dengan tazkirah malam tadi. Antara katanya" kita akan berdiri di Padang Mahsyar menunggu dihisab selama 500 tahun, 1 hari di akhirat = 1000 tahun di dunia. Bayangkanlah kalau nak berdiri sebegitu lama, tahan ke kita? Nak berdiri untuk solat tarawih pun kita dah tak larat.". Malunya..bila hati diketuk begitu!
Percikan bunga api sudah semakin kerap menghiasi dada langit, dentuman mercun dan meriam buluh bergema di sana-sini. Jauh di sudut hati terasa sangat sayu, Ramadhan yang datang bertamu setahun sekali hampir akan berangkat pergi. Sejauh mana kita meraikan tetamu ini hanya kita sahaja yang dapat menjawabnya. Usahlah dibiar Ramadhan berlalu tanpa meninggalkan sedikit bekalan untuk kita. Gunakan kesempatan yang bersisa sebaik-baiknya. Kita sudah pun masuk ke Fasa 3 dimana Allah akan membebaskan dari api neraka hamba-hamba yang dipilihnya. bersegeralah mendapat ampunan Alalh . Mungkin juga ini Ramadhan terakhir kita.
No comments:
Post a Comment