Thursday, September 10, 2009

Sejuta Harapan

Dua hari lagi Harith akan menyambut ulang tahun kelahirannya. Saya perlu menyiapkan entri ini sebelum dia pulang. Sudah pasti saya selalu terlepas peluang berlama-lama di depan  PC bila dia a ada di rumah. Sudah hampir 14 tahun dia bersama kami. Sebagai anak bongsu sudah pasti dia mendapat perhatian istimewa dari abang-abang dan kakak-kakaknya. untuk hari lahirnya ini entah apa yang dikeceknya dari mereka. Yang sudah bekerja sudah pasti akan melayannya. Saya perhatikan Harith bagaikan ada magic touch bila memegang camera. Abunya akan bising kerana entah apa-apa gambar diambilnya. Bila disoal rupanya tengah test feature yang ada katanya. Baru- baru  ini dia teruja habis bila dipilih cikgunya untuk masuk dalam satu Photography Competition. Kalau terlepas saringan dapatlah dia dan teamnya ke Nature Camp pada bulan November ini. Saya selalu menyokongnya kerana saya percaya ini akan menyeimbangkan otak kiri dan otak kanannya. Memang  pun  fitrah manusia suka melihat yang indah-indah.

2 comments:

Aina Emir said...

Salam

Betul tu. Kita semua suka melihat yang indah-indah. Ciptaan dan anugerah Ilahi. Selagi ada hayat, hayatilah keindahan itu.

ummiyati said...

Terima kasih kak Aina sudi singgah. Selamat meneruskan ibadah.