Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Tuesday, September 29, 2009
Satu Hari Di Hari Raya
Minggu lepas saya ke pasar. Sebaik tiba di rumah terpandang tikar dan carpet berjemur di pagar. "Amboi rajinnya cik abang nak basuh rumah di hari raya ini" hati saya berdetik . Masuk rumah alahai. satu rumah bagaikan tongkang pecah, rupa-rupanya air dari mesyin basuh melimpah keluar. Bukan salah mesyin tapi salah paipnya tak betul-betul dimasukkan ke lubang air. Human factor. Aduh! terus terbang mood nak memasak, nak menjamu adik-adik ipar bakal berkunjung.Barang lain tak ada lah sangat di rumah kami , Yang pasti menjadi mangsa sudah pasti buku-buku dan majalah yang ada di mana-mana. Anak saya tolong membawa buku-buku untuk dianginkan dan dijemur di luar rumah. Entah macamana ada juga 1 beg berisi buku-buku dan koleksi kad hari jadi pemberian anak-anak terlepas pandang .Mujur masih belum melekat jadi ada harapan diselamatkan. Bila mengingat balik peristiwa ini saya ingin sangat segera memasukkan semua resepi kesukaan saya dan keluarga ke dalam blog. Agar tidak perlu lagi terkilan kehilangan sumber rujukan bila ingin memasak dan berjamu . Setengah resepi itu saya simpan berpuluh tahun.Malah ada juga penyumbang resepi ini telah kembali mengadap Tuhan. Harapan saya blog ini akan menjadi sumber rujukan anak-anak di masa depan terutama bila saya sudah tiada lagi di dunia ini untuk ditanya dan dirujuk. Kemahiran memasak memang wajar dipupuk, apa lagi yang dikenang bila sudah berjauhan sudah pasti air tangan ibu. Kalau tak percaya cuba baca blog anak saya, kalau diikutkan air dari paip rumah emak pun sedap benar rasanya. Saya paling tak gemar jika ada orang dengan bangganya bagi tahu dia lebih suka makan lauk kedai alasan dapat jimatkan gas. Hai....! Macamlah berapa juta boleh untung kerana jimatkan setong gas. Sebenarnya itu hanya alasan. Bila dah jauh di luar negara barulah terliur teringatkan masakan kat Malaysia. Nak cari resepi bukan susah pun, cari saja kat internet serba mak nenek ada. Kalau dah kat luar negara pandai-pandailah adjust dan modify bahan-bahannya. Kalau tak jadi 100% jadi 60% pun kira okay lah tu. Bila dah mencuba sudah pasti lama-lama datang keseronokkannya, apatah lagi bila orang yang dijamu tidak segan silu menghabiskan semua yang terhidang di meja.Kita yang berjamu pun senang hati kerana tidak perlu memikir bagaimana hendak menyimpan makanan yang tidak habis. Sempena bulan raya yang masih bersisa rajin-rajinlah menyalakan gas di dapur .Muga-muga juadah yang kita hasilkan akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment