Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Friday, September 11, 2009
Not For Sale
Saban tahun saya pasti melakukan rutin yang sama. Membongkar khazanah mencari resepi juadah raya untuk sajian keluarga dan tamu pada hari lebaran nannti. Tiba-tiba terlintas difikiran kenapa saya tak ujudkan satu blog lagi untuk mengumpul semua resepi kegemaran keluarga. Bila membuka koleksi resepi yang entah sudah berapa tahun bersama saya, macam-macam catitan yang ditemui. Contohnya sambal ayam mak tok, telur labah Cikgu Norma, biskut susu mak ngah, Choklat chip Jalilah....Hai memang macam-macam versi menu yang ada .Jadi dengan menulis nama sumbernya maka barulah dapat dikenal pasti resepi mana yang ingin kita pilih. Jadi insyaallah lepas ni saya akan post ke blog baru agar dapat diakses oleh ahli keluarga saya yang berada di merata tempat.
Semalam sampai berapa kali Ngah menalipon meminta resepi koktel pak cik dan coklat chip Jalilah. Resepi yang dikumpul tu pun bukan ciptaan saya pun...Ada yang diminta dari kawan, keluarga atau jiran bila terasa sedapnya. Ada juga disalin dari segala laman web dan blog yang ada di maya ini. Semuanya sudah dicuba dan dipastikan betul sukatannya. Mudah-mudahan akan menjadi ilmu yang bermanfaat bagi yang bakal mengambil manfaatnya.
Kikiskanlah sedikit demi sedikit sifat kedekut, tangkai jering atau gengam tak tiris yang sekian lama berkarat di hati sesetengah kita. Ilmu yang berguna yang akan kita bawa sebagai amalan soleh bila mati nanti bukan semestinya ilmu agama sahaja. Ramai orang ingat nak jadi amal soleh mesti ilmu pasal agama sahaja. Apa-apa ilmu yang baik semuanya akan memberi pahala sedekah buat kita. Zaman sekarang , zaman orang buat duit. Bukan salah buat duit tetapi seimbangkanlah amal untuk akhirat juga. Maklumlah berapa banyak kelas itu dan kelas ini untuk orang belajar masak. Sesekali asuhlah hati kita melupakan nilai $ $ seketika.
Contoh kata, kita mengajar seorang ibu tunggal cara memasak bengkang. Dan ibu itu menjual bengkang itu untuk membesarkan ank-anaknya insyaallah kita pasti akan menumpang pahalanya. Pahala Allah bukan macam harta manusia makin dikongsi makin susut, tetapi pahala Allah itu makin dikongsi makin membiak bagai setangkai gandum yang mempunyai tujuh tangkai dan berpecah menjadi seratus biji . Jadi apa tunggu lagi sempena bulan Ramadhan ini marilah mendidik diri kita menjadi orang yang sangat pemurah. Allah tidak akan mensia-siakan amal kita walaupun sebesar biji sawi. Percayalah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
teh rajin mengumpul resepi..tapi tiap kali raya kuih tunjuk juga jadi pilihan..huhu
Ni untuk tinggalan kat anak cucu yang teringin nak makan bila kita dah tak dak nanti. Atau untuk rujukan depa yang jauh di mata tapi sentiasa mengigau nak makan menu dari koleksi resepi kita.
nak resepi bihun sup..soto..hihi
Post a Comment