Thursday, January 29, 2009

Menu Hari Ini??????


Apa nak masak? Anak-anak nak balik. Abu yang nak pi kerja pun jeolous sebab bila dia ada kat rumah ,dia claimed yang ummi asyik masak sayur air dan ikan goreng. Tu kata dia tapi dia yang sibuk tanya nak masak apalah...tak beli barang rumah ka..?.anak nak balik, hai...gitu lah kasihsayang mak ayah. Bukan anak tak jumpa mee bandung yang sedap atau soto yang enak bangat. Tapi air tangan mak kot yang buat anak tak lena malam seronok nak balik kampong. Abu yang dah jadi Wan tu pun teruja nak balik TG tambah pula bila buka periuk mak tok ada masak gulai perut masam atau rebung masak apa-apa. So...yang part ni ummi tak payah belajar biar mak tok yang pegang speciality tu...atau hak tercipta terpelihara. Menu hari ini???? Masih dirangka...nak buat keow tew kungfu satgi Alin marah pulak ciplak fabret dia.Padanlah masa pi makan kat Stadium dia kata "Acik...ni macam apa yang ada telur tu"? Kami teka maggi dia kata salah.Last-last dia kata yang kungfu tu.....haaa....ramai-ramai kami kata keow tew kungfu.Tak caya tanya abang Ufi dia pun ada sama, Pak njang kata next time kita beli telur dadar bagi kat Alin. Konon nak nasi goreng Pattayya tapi makan telur aje. Ha.....dah dapat idea....

Rumah Kayu Meniti Bilah Waktu

Himpunan Ummah Selamatkan Gaza


Mari sebarkan Program di bawah: Sedutan dari e mail seorang sahabat
Tinggal kurang 3 hari lagi HIMMAH "Himpunan Ummah Selamatkan Gaza" akan berlangsung di Dewan Milenium Kepala Batas pada Ahad 1 Feb bermula jam 7-11 mlm.
Program adalah anjuran FORUM penyelarasan Ummah (Gabungan NGO Islam P Pinang) dengan kerjasama Pej Mufti Pulau Pinang. Matlamatnya untuk menyatakan sokongan padu kepada umat Islam Palestin terutamanya di Gaza.

Caranya? Mudah aja iaitu penuhkan Dewan Milenium dengan 6000 manusia (full capacity)Bolehkah tercapai? Jawapannya ada pada anda- sudah tampal poster/banner di tempat antum? Sudah kempen pada rakan/jiran/ sedara mara? Sudahkah keluarga diberitahu utk bersiap sedia kesana? Sudah tempah bas utk bawa org2 kampung/Taman kesana?
Setiap NGO diberi peluang utk buka booth masing2 di ruang legar dewan.

Utk makluman juga, program ni mendapat permit dan kerjasama polis sepenuhnya. Selain itu ianya akan diserikan dengan Nasyid oleh Nazrey Johany (Ex-Raihan) dan bacaan Al-Quran oleh Sdr Fakhrurazi (Johan Akademi Al-Quran)selain itu ceramah oleh Ust Mutalib Maarof dan wakil rakyat Palestin dari Gaza juga pelancaran Derma Jihad Palestin olen SS Tuan Mufti.

Jangan lupa bawakan sumbangan derma anda.Masjid Bertam Indah dah kumpulkan RM9ribu masa forum Sabtu lepas.Hanya 1 malam. anda bila lagi????

DATANG JGN TAK DATANG! LAWAN YAHUDI! LAWAN NAFSU! LAWAN SYAITAN! MENANG PALESTIN! MENANG ISLAM! ALLAHU AKBAR!

Tempat Jatuh lagi Di kenang




Menemui tempat ini tanpa sengaja. Beberapa tahun lalu semasa masih tinggal di AS,kami akan menjadikan Pulau Pinang sebgai destinasi percutian tahunan. Pulau yang banyak pantai, ada feri yang berulangalik,jambatan yang panjang,keretapi Bukit Bendera adalah antara tarikan utama kami gemar ke sana. Yang paling penting kereta Mazda kami tu dapat memuat semua anak-anak yang masih kecil ketika itu. Jaraknya yang tidak begitu jauh dan destinasi yang murah dan termampu ketika itu .Berbalik pada pantai tadi, sejak itu sehingga kini pantai itulah yang dituju anak-anak bila mereka bercadang mandi-manda di sana. Suasana pantainya yang tenang, dilatari batu-batu dan dinaungi pokok-pokok membuatkan tempat itu sungguh istimewa bagi kami. Bila ke sana aku akan memasak nasi bekal diawal pagi,maklumlah dengan jumlah anak yang ramai kami perlu berjimat-cermat mengatur perbelanjaan untuk pendidikan mereka. Kini bila masing-masing dah ada kereta sendiri kami akan convoy ke sana beramai-ramai. Space bukan lagi masalah bagi kami. Yang jadi masalah ialah mencari bila dan ketikanya untuk ke sana.

Wednesday, January 28, 2009

Sepetang Di Bendang Wan



Slideshow


Hari ini dan semalam


Indahnya zaman kanak-kanak.Tak ada yang besar-besar perlu difikirkan. Bangun pagi sarapan dah tersedia. Baju ada yang basuh dan lipatkan. Cuma mengadap buku atau mengadap TV atau mengadap komputer. Ditelinga ada pula MP3 yang meneman jika kesunyian. Bezanya zaman kanak-kanakku bangun pagi kena memasak air walaupun ada cerek letrik, membuka tingkap-tingkap,menyapu sampah, mengemas katil,membasuh baju dan mengadap TV hanya bila waktu petang pada hujung minggu sahaja. Anak-anak zaman ini setiap perkara mesti disuruh.Bagai pahat dengan penukul kata Arwah Wan. Baju yang berbakul-bakul jika tak disuruh lipat memang sah akan duduk dalam bakul tu selama mana tak ada orang nak ambil inisiatif melipat. Tak bolehkah disambil-sambilkan melipatnya.sambil tenguk TV ka? sambil borak-borak ka? Kadangkala aku tertanya sendiri akukah yang tak pandai mengajar mereka atau anak-anak banyak benda yang mempersonakan mereka hinggakan perkara yang basic-basic pun perlu diingat-ingatkan.Oh aku belum berjumpa jawapannya....

Tuesday, January 27, 2009

Sehari dalam hidupku


Awal pagi bangun masak nasi lemak. Anak-anak nak ke KB. Malam tadi lang masak bihun sup uk adik-adiknya. Balik modified sikit. Depa bertolak 7.40am .Kami siap kejan takut kereta banyak. Hari ini nak kemas baju dan rumah. Kalau rajin masaklah apa-apa yang special. Petang antar
Harith pula. Abu pi cycling dengan kawan kat Masjid BI.

Tahun baru & Gerhana Matahari

Hari ni Tahun baru Lembu rupanya. Kat rumah memang terasa semua orang tak boleh tidur jiran bakar mercun sampai pagi. kat TG ni tak boleh tidur sebab sejuk melampau dan nyamuk kacau je.Hari ni tak ramai pelawat,orang pi kenduri kot.Aku buat apa yang patut dan berkemas nak balik BI. Sempat juga solat gerhana matahari 4.46ptg dan separa saja. Aku tak tau apa orang Cina fikir bila tahun baru jatuh pada hari gerhana pula. Malam antar  bang cik naik train. Ok lah juga 9.30pm train dah jalan. Tak lah kena tunggu lama. Balik apa lagi tidur aje lah.Post Options

Sunday, January 25, 2009

Cuti Dah Mula


Cuti hujung minggu dan Tahun Baru Cina sudah bermula.  Anak-anak semua sudah tiba yang jauh dan yang dekat. As usual, mesin basuh dan sinki tak henti-henti dikerjakan. Aku cuba memasak apa yang digemari mereka. Resepi hari ini ayam masak merah, daging masak hitam dan brownies serta bengkang roti. Peti ais bagai tak cukup space nak tumpang simpan barang. Pagi-pagi abu dah bawa the boys and lang balik TG.Aku dengan ngah may be balik esuk.ada meeting kat sekolah Harith. Malam ada Forum Yahudi di masjid. Ramainya orang malam ni. 

Thursday, January 22, 2009

Home Sweet Home


I'm home.Yeah inilah perasaanku bila dapat kembali ke rumah. Aku memeluk abang yang baru tiba semalam. Sepatutny aku pulang semalam dan menyambutnya tetapi memandangkan mak memerlukan kehadiranku untuk membantu mengurus abah aku menangguhkan perjalananku. walaupun mak tak mengucapkan tetapi aku yang dah mengenali mak dan abah selam 28 tahun ni tak sampai hati untuk melangkah pergi dan abu pula mengizinkan. Aku dah awal-awal hantar sms kat abang,muga dia mengerti . Abah nampak ceria bila kembali ke rumah. Aku pulang bersama Cik Nat untuk menyediakan tempat abah tidur. Malam tadi abah tidur lena dan hari ini pun abah nampak okay je.Cuma as usual kena pujuk ajak dia makan ubat dan makan bubur. Kesihatan abah bertambah baik cuma nak pulih tentu ambik masa bak kata orang "penyakit mai macam ribut, pi macam semut' Sebelum balik aku sempat mengunjungi Mak Wan, mak pak cik Amir. Macam-macam dibuka cerita masa duduk menumpang rumah arwah wan semasa Wan jadi guru besar Sekolah Sungai Yan. Tahun 50an dulu. wah...aku rasa seronok bila orang menceritakan kisah Wan masa dulu. Cengei.....garang tapi budak -budak semua jadi orang....Tu aura cikgu zaman dulu. Mak Wan ni masa mengajar di Langkawi sanggup bawa anak-anak orang Langkawi balik ke Alor Setar. Semua bayar duit sendiri. Maklumlah ibubapa zaman tu manalah ada duit banyak nak hantar anak pi holiday. jadi depa bagi beras,gula, apa sahaja untuk balas budibaik cikgu. Zaman sudah berubah dan hari ini aku baca dalam akhbar ada orang menyarankan Guru Besar patut ada body guard. Takut anak murid atau waris balun...hai...dunia dah banyak berubah.

Tuesday, January 20, 2009

Tatapan Sang Perantau



Slideshow


Selamat Kembali Ke Laman Ayah Bonda



Wah...abang akan balik Rabu ni. Excitednya. walaupun baru balik ke sana bulan Ogos lalu tetapi rindu tetap membara. Inilah perasaanku setiap kali anak-anak akan pulang.Dalam kepala dok merangka menu apa yang akan disediakan untuk dinner malam tu. Malam tadi pula ngah mesej dia akan drive balik kerana tiket bas dah habis.Alang dan bang cik dah ambik tiket bas lama dulu dan insyallah Sabtu ni hampir semua anak-anakku akan berkumpul. Manakala kakak tengah menimbang nak balik dengan apa kerana Zaffran dah tak nak duduk lama-lama dalam car seat nya. Orang dah besar nak explorelah kerjanya .Mana boleh dok ikat-ikat lagi.
Pagi tu aku ada meeting akhir PIBG sebelum mesyuarat agung 31hb Januari nanti. Insyaallah aku akan usahakan untuk pergi kerana banyak perkara penting akan dibincangkan, tapi apahal pun aku akan masak dulu untuk lunch sebelum bertolak balik ke TG. Rumah mak akan kembali gamat macam selalu. Semua anak-anak mak dan abah akan kembali berkumpul. Kami bercadang membawa abah pulang Khamis ni. Mungkin lepas Tahun Baru Cina mak dengan Abah perlu dibawa ke Kulim untuk dijaga di rumah mak lang pula. Jarak tempat kerja tidak memungkinkan kami berulangalik setiap hari membantu mak. Insyallah bila abah dah dibawa ke Kulim aku dan 'Ammar dapat membantu menguruskan abah kerana jarak yang lebih dekat. Abu pun dapat pergi dari tempat kerjanya menjenguk abah dan mak.Muga Allah memperkenankan perancangan kami ini.

Monday, January 19, 2009

Aku Masih Di sini

Aku masih Di Sini


Dunia ini masih seluas yang kau impikan
Tak perlu kau simpan luka itu
Sedalam yang kau rasa

Memang ada waktu
Agar kau bisa kembali semula
Percayalah padaku
Kita kan bisa melewatinya


Jangan bersedih oh kawanku
Aku masih ada di sini
Semua pasti kan berlalu
Aku kan selalu bersamamu


Jalan hidup tak selamanya indah
Ada suka ada duka
Jalani semua yang kau rasakan
kita pasti bisa

Seminggu Berlalu


Hari ini genap seminggu Abah di KMC. Kesihatan Abah fizikalnya bertambah baik. Tangan kanan yang kena stroke pun dah boleh mengenggam kuat cuma mentally Abah belum pulih sepenuhnya. Dementia ? kata Pak Lang.Abu yang menjaga Abah sejak hari Khamis dah selamat tiba di rumah. Hari ini dia ke pejabat dengan hati yang berat. Insyaallah petang ni mungkin kami pulang ke AS lagi . 'Ammar pun dah dapat tiket untuk balik Rabu ini. Aku juga menerima berita pemergian Cikgu Basri,Seremban. innalillah...dariNya kita datang kepadanya kita kembali. Aku mengenalinya masa berada di UK dulu. Muga kak Ani tabah menghadapi dunia tanpa suami. Itu yang dapat kupanjatkan kepada Allah agar kita semua diberi ketabahan menghadapi apa jua ujian. Aku yakin Allah tidak akan membebankan kita dengan apa yang kita tak mampu tanggung.

Sunday, January 18, 2009

Sakit Itu Penyuci Dosa



Tiap pagi Abu mesti call. Tanya hal diri,anak-anak dan rumah. Pagi ni suaranya sedih"Keadaan Abah sangat membimbangkan"Aku terdiam"Dia asyik tidur dari kelmarin" Aku menjadi pendengar setia ,tak tahu apa yang nak dikomenkan.Cuma aku berdoa agar Abah dapat pulih semula. Dalam usia 85 tahun progressnya mungkin agak lambat,tapi aku harap abah kuat semangat untuk melawan kesakitannya.Kami berbincang tentang tugas menjaga abah bila masing-masing akan balik ke tempat kerja untuk bertugas esuk. Suamiku dah lama bercuti dan minggu ini minggu terakhir sebelum students pi cuti semester. Hopefully Allah bagi solutions untuk kami .Berbagai perasaan bercampur baur.Hari ini ada aktiviti tahunan mengacau bubur asyura di masjid, Lawatan Hospital JIM SPU di Hospital Kepala Batas ,ada jamuan aqiqah anak Ustaz Hamidi/Ustazah Tun dan ada Demostrasi untuk Palastine di Kepala Batas juga. Tapi rasanya mungkin aku pi ke masjid dan aqiqah saja. Harith demam buat aku tak dapat berlama-lama di sana. Kalut-kalut pun aku tak sampai hati tinggal dia keseorangan. Bang cu pi ESQ kat Milinieum. Life has to go on.Alhamdulillah...aku sihat dari semalam. Dapatlah dilangsaikan hutang mengemas rumah dan kain baju sebelum bawa Harith ke doktor. Breakfast pagi ni???? Mungkin roti bakar kot.Belum ada idea dan mood nak makan.

Saturday, January 17, 2009

Kek untuk Kak Ngah


tika anak-anak di rumah
aku tak lupa
menyiap kek coklat
kek hari jadi mereka.
membeli bukan amalan kami
kerna menyambutnya
bukan jua tradisi
ku adun sendiri
250g butter
250g gula
150gm tepung naik sendiri
70gm koko
4 biji telur
1/4 cawan susu cair
dibakar 180 darjah
45 minit lamanya.
maka menjilatlah mereka
kembangkempis bangga
ummi membuat kek
walau tidak setara
Secret Recipe atau Eden
tapi kek ini
penuh kasih sayang
tepu dengan kasihan
mawaddah wa rahmah.
meski jauh aku pasti
anak-anak masih inginkan
kek coklat ummi buat
tak pernah ku jamah
tapi ku gagahi jua
kerna kau pasti
anak-anak hanya menagih
perhatian, merasa dihargai
walau ummi
hanya menghadiah
kek coklat cantik di luar
tapi hangus toppingnya.

#happy birthday ngah #

Aku dan Jiran


Pagi-pagi Zaffran dah pulang. Meski sekejap cukup mengubat rindu kami. Harith demam.Ni kes tak cukup minum air. Cuaca panas dan banyak latihan sukan buat dia lupa yang air tu menambah cecair dan oksigen ke dalam tubuh. Aku yang dah tak sedap badan 2-3 hari lepas macam malas nak bergerak. Menu pun yang simple-simple je. Aku dah sehari dua ni tak selesa betul nak keluar rumah. asal keluar rajin lah pula jiran menegur. Kalau perempuan aku takla kisah sangat. Ni lelaki siap pakai short lagi,baju pun tak pakai. Alahai macam terpenjara di rumah sendiri lah pula. Bila nak siram okid kena intai dulu dia kat depan ke belakang. Hai padanlah Nabi SAW kata antara nikmat hidup ialah jiran yang baik. Pakcik tu bukan tak baik cuma aku tak selesalah nak berbual dengan lelaki lama-lama.tambah pula kalau suami tak ada. Sekadar tegur sesekali boleh lah tahan.Ni macam nak buka sembang kedai kopi tu yang aku tak keluar rumah langsung sejak balik ke sini. Aku benar-benar berdoa aku dapat buat rumah ini macam rumah sendiri.Keluar masuk ikut suka.Depan atau belakang.Taklah macam orang lari dari along.Takut-takut aje. Ketika ini jiran depan rumah sedang berpindah. Lepas ni suamiku tak ada lagi geng menyembang. Dan aku tak dapat lagi lihat orang yang amat rajin membasuh kereta sepertinya.

Bendang Wan


Segar-segarkan minda
melihat yang hijau-hijau
segar-segarkan tubuh
berlari di batas sawah
di sinilah
satu waktu dulu
Wan mengorbankan usia mudanya
membanting tulang
memerah keringat
demi kelangsungan rezeki
menyara anak-anak di universiti
Sawah sudah berubah
Menjadi tempat kapalterbang
naik dan turun
sesekali wan berpeluang
naik dan turun kapalterbang
sekadar mengharap
tambang murah Air Asia
atau tiket wargamas MAS
Sawah itu
sudah beralih nama
gerannya bukan milik kita
nama pemunya pun bukan nama kita
Ada hanyalah lidah
mengkhabarkan pada anakcucu
"dulu ini tanah Wan kita"

Friday, January 16, 2009

Minda Yang Letih


Bila minda letih aku dah malas fikir. Apa nak tulis pun jadi tak keruan .Sedangkan aku dah tekad mesti masuk 1 atau 2 entry sehari dalam blog ni. Jadi aku merayau mencari apa yang berkenan di hati. Sesuaikan pula dengan mood maka aku copy dan paste je. Muga ada manfaat dapat digarap dari entries tersebut. Hari ini aku hanya mengemas rumah yang ditinggalkan. Basuh baju dan kena sapu sampah sebelum Zaffran tiba. Jika tidak siap semua masuk mulutnya. Menu pagi esuk kena rancang awal ,aku suka anak-anak makan dulu sebelum balik ke mana-mana. Menu yang simple tapi disediakan dengan ikhlas dan penuh kasih tentulah merupakan resepi secret yang tak mampu ditandingi oleh Secret Recipe.Lagipun dah beberpa hari rasa badan macam nak demam tak demam je. Matapun sticky,block nose and sore throat. Macamanapun aku kena balik ke AS juga esuk lepas bang cu balik dari Merentas Desa. Lagipun aku suka tengok lampu bergemerlapan di sekitar bandar AS.Menyambut Hari Keputeraan Sultan. Ni kes nostalgia masa kecik lah.Arwah Wan suka bawa aku naik kereta KA 616 makan angin sambil tengok lampu.Balik tu singgah beli putu piring pula....aduh....sakitnya bila mengenangkan orang yang dah tak ada. al Fatihah.

Teruskan Perjuangan Membela Kezaliman

Siapa Mengerti

Ke sana sini mencari erti
Hidup merana tiada peduli
Insan dunia tiada berhati

Menyaksi tanpa rasa simpati

Mereka lemah tiada upaya
Menguruskan kehidupan dunia
Mereka disiksa dan dihina
Maruah mereka tiada berharga

Mereka saudara kita
Ingin hidup bersama2
Menjadi insan berguna
Dan dihormati semua

Hanya Tuhan Maha Mengetahui
Hancurnya hati yang tak dipeduli
Insan dunia tiada yang mengerti
Mengapa aku jadi begini

Melihat mereka gembira
Hati terpaut ingin bersama
Tapi itu hanyalah impian
Yang tak mungkin kan kesampaian


Abang ,Ummi so Sorry


Semalam dapat chat dengan abang. Kesian dia dah hampir seminggu cuba talipon dan nak cakap dengan ummi. Sorrylah abang...so sorry..macam-macam benda yang cropped up.Terpaksa ke sana sini. Jauh di mata buka jauh di hati. Rajin update blog boleh ummi tau apa aktivities abang kat sana. Ummi bukanlah PA PM sampai susah nak jumpa macam kata abang Tapi tau-tau sahaja buat kerja tak ada gaji ni bukan kira masa dan ketika. Orang dah tidur kita masih di jalan raya lagi memandu pulang . Kalau ada bisness juta-juta memang dah kaya raya bagai kata bang cik. Wahai anak-anak ummi so sorry kalau sampai rasa terabai. Bukan niat macam tu. Di dunialah kita kerja kuat-kuat kerana di akhirat kita nak rehat lama-lama ,kan. Jom teruskan amal.....

Tabahkan Hati Menanti Tamat Mengaji


Kerinduan Semalam

Semalam kian beransur tua
Menyingkap hari-hari muka
Amat sayup semua di seberang sana
Hanya kuntum doa penawar nostalgia

Kutabahkan hati memendam perasaan
Hanya kerna menuntut ilmu Tuhan
Kubenam dalam jiwa sebungkah kesabaran
Hanya kerna mengharap redha Tuhan

Biarku menempuhi
Semua dugaan ini
Demi Nya
Biarku ditangisi
Biarku menangisi
Demi Nya



Kenangan semalam
Bagai menggoyah sabar
Yang mengusik di memori
Kerinduan ku tercabar
Apakah harus kini
Menghenti langkah murni
Dari meniti perjuangan
Cita-cita suci

Duhai ayah bonda
Kirimkanlah doa
Biar teguh keimanan
Dalam jiwa
Janjikan kukota
Sebagai putera berjasa
Padamu berdua
Dan pada agama

Selamat hari Lahir Ngah


Hari ini hari lahir ngah. Aku yang tak dapat tidur nyenyak menghantar SMS seawal jam 4 pagi kepadanya. Makin meningkat usia makin singkat masa kita di dunia ini. Kematian bukanlah satu akhiran tapi satu permulaan pada hidup yang kekal selama-lamanya. Ini adalah ( jika ngah masih ingat ) antara koleksi nasyid yang kita rajin dengar dalam kereta FORD merah dulu. Masih terngiang betapa ngah rajin menyanyi mengikut aluanan nasyid ni. Muga ada yang masih tersemat di hati.

Untukmu Ibu

Kurangkapkan syair rindu buatmu
Lalu kujadikan sebuah lagu
Buatku dendangkan untukmu ibu
Tanda kasihku tetap satu

Semerdunya buluh perindu
Tidak semerdu suara kasihmu
Yang pernah dulu mendodoikan daku
Dalam dakapan hikmahmu

c/o

Pernah dulu kau bermadah
Berpeganglah pada tali Allah
Jalan yang gelap nanti tersuluh
Segala yang susah kan jadi mudah

Bila iman menerangi jiwa
Akan tetutuplah lubang dosa
Berwaspadalah jangan alpa
Sesungguhnya syaitan menanti masa

Pagarilah hatimu dengan ketakwaan
Sinarilah ia dengan kemuliaan
Apa yang baik jadikan tauladan
Moga engkau dicintai Tuhan

Berkat usahamu yang tulus murni
Kini tertanam iman yang suci
Disanubariku berbunga wangi
Bakal menghiasi taman yang abadi

Dunia Bagai Berhenti Berputar


Sejak Abah di KMC. Dunia bagai berhenti berputar. Aku harus bijak merancang jadual. Aku di AS,suami di KB.Aku naik bas ke KB suami memandu pulang ke AS. Masing-masing bagai dapat melupakan sekejab dunia masing-masing demi mencari sekelumit peluang berbakti pada abah dan mak sementara ada batas masa, kesihatan dan wang ringgit. Zaffran yang dah mula nak merangkak pun dah dua hari di sana. Mujurlah ada Su Lin dan Ti A yang tolong layan dia. Ngah ada juga bagitau tak dapat pulang sebab tak dapat cuti dan aku sarankan pulang bila cuti Tahun Baru nanti sahaja. Walaupun jauh masing-masing tak henti bertanyakan progress wan. Aku juga berbincang dengan mak langkah-langkah patut diambil bila abah dapat balik ke rumah. Aku tahu dengan kudrat dan kesihatan mak yang tak menentu payah untuk mak mengendali abah sorang-sorang. Jika boleh tak mahu diserah semua urusan pada pak cik kerana makciknya yang menghadapi brain tumur juga perlukan perhatiannya.Belum lagi nak menguruskan hero-heronya yang berlima tu. Mak lang pula nama pun PK HEM mestilah sibuk apatah lagi awal-awal tahun begini. Walauapapun pandai-pandailah masing-masing menjadulkan hari masing-masing untuk membantu mak menjaga abah. Muga Allah memudahkan segala urusan kita. Jika kita melapangkan seseorang ,Allah akan melapangkan kita di hari tiada siapa yang mampu membantu kita kelak. Apatah lagi ibubapa memang wajib kita ringan-ringankan tenaga dan masa kita untuk mereka. Apalah lagi yang diharap oleh ayah dan ibu di usia senja ini .Secebis perhatian dan suara-suara yang lunak-lunak sahaja. Cukup untuk mengubat hati dan menenangkan jiwa mereka.

Wednesday, January 14, 2009

2 hari Yang Panjang


Pagi-pagi aku sudah bangun menyiapkan sarapan. Goreng Pisang dan bingkang pemberian mak teh Piah.kami berbincang tentang majlis Yassin untuk abah. Di Masjid Titi Gajah dan Titi Baru Bersiap dan ke KMC. Menganti tempat abu yang nak balik mandi dan tidur . Abah ada sedikit perubahan ,tangan kanan dah dapat mengengam cuma dia masih tak upaya mengeluar kata-kata. Airmatanya akan bergenang setiap kali melihat orang yang menziarahinya. Aku tak melepaskan peluang masuk bila jam menunjuk angka 12 t/hari. Hari ini aku mencadang Bang cu dan Harith balik naik bas ke Penang. Malam baru kami cadang untuk pulang. sebelum balik aku menjenguk abah sekejab. Heart beat nya sekejab tinggi sekejab rendah. Bacaan BPnya 141/85. Lepas maghrib Lang ikut Pak Njang ke KMC sebelum dihantar menaiki bas ke Shah Alam pukul 11.15malam. Tiba di rumah aku terus merebahkan diri. Terjaga jam 1.15am aad mesej dari sahabat "Israel sedang berhabis-habisan menyerang umat Islam Palastine. Teruskan qunut Nazilah,solat hajat dan banyak-banyak baca surah al Ikhlas" Aku sudah terlalu letih untuk berfikir dan mindaku terus hanyut.

Wan di HCU, KMC


Aku baru saja menulis tentang Wan. Tapi kali ini kami dikejutkan dengan panggilan di awal pagi. Wan kena stroke. Tanpa berlengah kami membelah dingin pagi menuju deras ke Alor Setar. Hampir pukul 6 kami tiba di KMC.Wan sedang di scan kepala.Melihat jika ada pendarahan di dalam kepala. Aku yang sedang migrain terpaksa pulang ke TG..Makan ubat dan tidur. Tengahari kami ke KMC semula. Abah masih di HCU. Seorang demi seorang anak-anak abah pulang. waktu melawat 12-00t/hari hingga 2ptg sesak dengan sanaksaudara kami. Hampir maghrib teh dan bang car tiba dari KL. Pak njang yang kena kerja di Pasir Gudang sedang mencari flight ke KL dan mungkin esuk baru dapat balik. Talipon tak henti berdering dan tangan tak henti menekan. Menjawab atau menghantar info terkini pada anak-anak yang jauh. Hampir 11mlm baru kami pulang .Bawa emak balik dan cuba melelapkan mata. Rasa-rasa mata ingin tutup tetapi minda masih terus berfikir dan berdoa agar Allah menyembuhkan abah segera. Kami masih belum puas bermanja dan mencurah bakti kepadanya.

Saturday, January 10, 2009

Rumah AbuNur

Hujung minggu adalah hari aku lagi sibuk ,Tengah kalut berkemas dan mulut potpet-potpet mengarah anak 2 orang tu buat itu ini ,datang 2 orang pak cik memohon sumbangan wakaf untuk rumah Abu Nur. Jauh datangnya. 1 jam1/2 juga nak sampai ke sini.
Rumah Abu Nur adalah rumah anak yatim miskin yang terletak di Pengkalan Hulu,Perak . Tanah yang diwakafkan kini menempat 40 orang anak perempuan. Sejak 2005 Rumah ini bagaikan rumah angkat Masjid Bertam Indah. Saban tahun kami sering berkunjung ke sana bagi menyampaikan sumbangan orang ramai kepada mereka. Rata-rata anak-anak ini agak lemah pencapaian mereka dalam pelajaran. Mereka dapat bantuan material tetapi mereka dahagakan perhatian dan kasihsayang. Aku boleh bayangkan tugas penjaga di sana. Anak tujuh orang pun macam-macam pendekatan nak didik mereka .Apatah lagi kalu sampai 40 orang. Tambah pula tengah meningkat remaja .Bukan calang-calang mendidik mereka. Namun aku percaya mereka yang menguruskan anak-anak ini ikhlas dan yakin akan balasan baik dari Allah yang akan diraih di akhirat kelak kerana memuliakan anak yatim dan fakir. aku doakan pak cik berdua tu dapat banyak sumbangan dari orang-orang di sini. Apalah nilai RM20 untuk 1 kaki persegi kalau Allah boleh gantikan dengan berkaki-kaki luas tempat kita di akhirat kelak. insyaallah.

Cameron Highland siri 1


Sekolah baru buka. Tapi masing-masing dah tak sabar tunggu cuti. Konon-konon nak buat Family Gathering kat sana masa cuti tahun baru Cina. Aku pun baru perasan belum bayar deposit lagi. Kalut minta bank akaun nak masukan deposit. Weekend ni baru suami nak balik memaklum pada Wan yang nak bawa dia dan mak tok pi ke Cameron. Semalam pun ada sembang pasal menu. Seronok nak kumpul di sana. Kakak pun dengar kata insyaallah akan datang melalui Lojing. Sapa tak ada sweeter tu cepat-cepat cari kedai bundle ya.....

Friday, January 9, 2009

Keputusan Lagi

Hari ini bang cik called. Baru dapat result Kolejnya. Alhamdulillah, masih ada ruang untuk improve mana-mana yang tak berapa memuaskan. Ummiabu doakan agar bang cik dapat hadapi tekanan semasa belajar di situ. Jika nak dapat universiti eluk-eluk result pun mesti eluk. Jika tak penaja tentu bising kerana scholarnya tak perform.

Dara Pinggitan


Ini bukan flower girls untuk mana-mana majlis kahwin.Mereka adalah cucu-cucu Wan dan Mak tok. Awal-awal dulu cucu-cucu maktok dan wan ramai perempuan. 'Ammar pula cucu lelaki pertama mereka. Sekarang ni cucu-cucu Wan ramai lelaki pula. At least bila berkumpul terutama raya dah pasti ada tukang basuh pinggan dan tolong bancuh air. Bisinglah mereka meleteri sepupu lelaki yang hanya pandai minum tapi tak pandai basuh gelas. Sejak setahun dua ni mak tok dah menerima pakai cadangan mereka agar disediakan stok pinggan dan gelas polistrine. Dan sepupu lelakilah pula tukang buang sampah bila bakul sampah dah penuh. Kini dara-dara pinggitan ni dah tak boleh diharap lagi. Seorang demi seorang melangkah jauh mencari ilmu. Mungkin setahun dua lagi anak saudara lelaki tu pula yang akan mengambilalih tugas yang ditinggalkan mereka. Masa sahaja yang akan menentukannya.

Jendela Hati


Bukalah pintu hatimu, nak
Melihat apa yang ada di luar dan di dalam diri
Sesekali perlu membuka hatimu luas-luas,
Melihat besarnya alam,
Melihat bijaknya Maha Pencipta
Merenung dan melihat
Akhirnya kau belajar
Setiapnya ada penciptanya
Dan kembali ke dalam diri
Menginsafi
Kematian adalah permulaan
Kehidupan yang lebih panjang
Berkekalan
Tiada kesudahan.
Renungilah dari jendela hati
Persiapan pada perjalanan
Sungguh panjang
Tanpa batas waktu.

Wan dan Cucu


Wan kepada cucu-cucunya yang seramai 30 orang. 2 cucu menantu. Nek kepada 2 cicitnya. Panggilan abah oleh anak-anak dan menantu. Dan anak-anak saudara memanggilnya Paksu, Abah Cu dan Cu Razak. Abah sangat gemar membaca. Jika ada bahan bacaan baru dia akan tumpu hingga tamat pembacaannya. Sesekali aku ada juga membawa buku baru untuknya. Walaupun doktor menasihatinya supaya tidak terlalu memenatkan matanya. Tapi sebagai warga emas yang banyak menghabiskan masa di rumah apa lagi yang boleh dilakukan jika tidak membaca. Ada banyak lagi sifat baik abah yang patut di contohi tetapi sebagai ulat buku tentulah sikap inilah yang paling menonjol bagiku. Yang lucunya kalau abah turut baca kisah artis dan hiburan dalam Mingguan Malysia yang adalah sapa-sapa belikan. Tapi nanti dia siap komen. Maka riuhrendah cucu ketawa "Wan pun gosip juga". Bang cu kata "Mujur Wan tak boleh baca Murai.com kalau tidak lagi banyak Wan tau" Itu yang aku suka bila balik TG dan lepak ramai-ramai dengan iparduai dan anak-anak saudara yang ramai tu. Riuh -rendah anak-anak main bola atas rumah macam nak pecah rumah. Waktu makan gamat macam nak kenduri .Tambah kalau bulan puasa. Anak-anak yang jauh tu pasti missed those sweet moments. aku rasa saat-saat begini yang membuat anak-anak abah yang dok jauh di kotaraya sanggup meredah traffikjam berjam-jam untuk meraikan hari terakhir berbuka puasa di kampong. Muga Abah dan mak terus sihat agar dapat menjadi tonggak keluarga ini.

Anak dan asrama


Sudah seminggu Harith pulang ke asrama. Adalah sekali dia menalipon. Aku rasa tahun ni dia okay sebab dah setahun duduk asrama. Tahun lepas dia berharap sangat dapat SBP atau MRSM. Bila sorang sorang kawannya keluar ke SBP atau MRSM dia macam monyok saja. Tapi..bila dah lama sikit okay lah tu. Tapi satu hari dia pernah kata padaku" Mujur Harith tak dapat SBP ,jika tidak Harith mesti rindu ummi"Aku peluk dan kata "Allah knows the best....ada orang boleh ,ada orang tak boleh tanggung rindu. Macam mana sayang pun kita tetap akan terpisah,jika Harith dapat belajar ke luar negeri atau ummi atau abu mati dahulu" Aku lihat dia diam dan ada airmata bergenang di kelopak matanya. Dia anak bongsuku.Tapi dari kecil kami tak pernah manjakan berlebihan . Tahun 1 lagi dia dah kena basuh baju,sidai baju,kutip baju, iron baju dan basuh kasut sekolah sendiri. Jadi bila naik Form 1 dia sendiri kata dia nak duduk asrama sebab nak disiplinkan diri. Aku cuma memberi kemahiran hidup yang aku rasa akan memudahkan mereka bila terpaksa keluar dari rumah. Ada orang tanya aku tak kesian anak ka suruh buat itu dan ini. Aku rasa kalau anak tak dilatih,tentu ibubapa yang jadi letih. Jadi suamiku buat surat rayuan dan dia yang asyik pergi jumpa Pengetua bertanya bila boleh masuk asrama. Sejak itu bermulalah dunia barunya di sana sehingga kini. Bila Ayah Alin tanya dia tak nak buat rayuan ke SBP ke? Dia sendiri yang jawab"Dia nak terus duduk Irsyad".

Satu Keputusan


Minggu ini banyak betul aku bertembung dengan perkatan ini. Bermula dari keputusan PMR dan apa-apa aje yang memerlukan aku dan kami membuat keputusan. Dalam senario yang lain pula minggu ini juga aku dan ahli LTA terpaksa mengambil keputusan. Menerus atau memindahkan operasi tadika kami. Apa yang difikirkan secara serius ialah nasib guru -guru yang telah lama berkhidmat. Dalam kegawatan ekonomi sudah pasti berhenti secara mengejut akan meletakkan mereka dalam situasi yang memeningkan. Sedaya upaya otak aku tak henti berfikir Aku hanya ingin membantu meringankan beban mereka . Alhamdulillah dengan hubungan baik yang terjalin sekian lama , aku dimaklumkan sebuah tadika kawanku memerlukan guru baru bagi menampong bilangan pelajar yang ramai. Dengan izin Allah aku akan menawarkan jawatan tersebut kepada salah seorang guruku. Esuk ada lagi satu mesyuarat yang memerlukan aku dan kami mengambil beberapa keputusan lagi. Muga Allah mempermudahkan. Aku percaya jika kita menolong agama Allah, Dia pasti akan menolong kita.

Ngah as A Teacher


Ini pula kak ngah.. Masa dapat result PMR dia minta tukar ke kelas Sastera tapi Pengetua tak benarkan. Dengan terpaksa dia masuk ke kelas Sains. Masa form 4 nampak result Sainsnya sangat lemah .Kami ingat mugkin subjek baru dsbnya.Bila form 5 macam tu juga. Sampai aku kata pada suami "Janganlah kerana anak kita perestasi maktab ini 100% SPM akan terjejas".Alhamdulillah result SPM nya memang A untuk semua subjek kecuali 3 sains tu. Kebetulan aku terjumpa pengambilan guru TEASL berkembar luar negara. Bukan semua orang minat nak jadi cikgu .Pujukan demi pujukan akhirnya dia pergi ke Ujian bertulis dan temuduga. Dan akhirnya berjaya ditawarkan tempat. Di masa yang sama dia juga mendapat tawaran Matrikulasi Undang-undang di UIA. Namun dia yang memilih untuk jadi cikgu. Aku percaya dengan minatnya yang suka membaca dan penguasaan BI yang baik kerana pendedahan awal semasa bersekolah di UK dulu dia mampu menjadi guru BI yang bagus. Kini dia sudah pun jadi "teacher' dan kami doakan dia terus cemerlang dunia dan akhirat.

Chef kak Lang

Gambar ini diambil pada tahun 2004 ketika kak lang baru mendaftar di UITM,Penang. Minatnya membantu aku di dapur sejak kecil membuatkan aku merasakan bidang Culinary adalah pilihan terbaik buatnya. Aku teringat kisahnya yang suka menolong aku ketika kecil. Satu hari bila berkunjung ke rumah seorang teman .Ketika tu dia baru 3 tahun kot. Dia menolong makcik tu kacau air dalam teko. Kacau punya kacau sampai teko kaca tu berlubang. Air milo panas tu kena kakinya dan melecurlah sikit. Agaknya insiden tu kut yang buat aku rasa dia memang sesuai jadi Chef. Walaupun ramai kawan sekolahnya ke Matrikulasi aku sentiasa menyokongnya dan menasihatinya agar tabah dan jangan peduli apa kata orang. Bila tamat diploma dengan resultnya kami mendorongnya teruskan pengajian ke peringkat ijazah.Meskipun peluang kerja terbuka luas tambahan pula dari Hotel seperti Palace Golden Horses tapi kami memujuknya supaya terus belajar. Bagiku peluang itu kadang datang bukan berkali-kali. Insyaallah, kak lang hampir menamatkan pengajiannya dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Bekerja atau teruskan pengajian? Oh itu kita bincang bila tiba ketikanya ya!

Harapan


Tiap hari kini tugasku menghantar bang cu ke sekolah. Bila dah dua- tiga hari mengantar dah pandai timing masa jalan mana yang sibuk. Simpang mana kena slow down, traffik light mana yang lama.Sebagai ibu aku memang suka mengambil tahu tentang hal sekolah anak-anak. Tiap tahun aku cuba hadir dalam semua Mesyuarat PIBG dan Hari Anugerah. Walaupun tahun itu tak ada anak yang dapat hadiah tapi aku suka melihat kejayaan anak-anak orang lain. Sekarang cuma dua orang sahaja lagi anak yang bersekolah .Tingkatan 2 dan 4. Bila melihat kejayaan anak orang lain aku teruja ingin menerap kejayaan yang sama kepada anak-anak. Kami tidak memaksa anak-anak memilih satu bidang profesyen. Kami menghargai kepelbagaian kerana Allah jadikan manusia itu berbeza-beza. Tujuh anak tujuh juga kerenah dan citarasa masing-masing. Kami sebagai ibubapa hanya menunjuk jalan, menjadi penasihat dan memberi pandangan bila anak-anak perlu membuat keputusan besar dalam hidup masing-masing. Sehingga kini aku berterimakasih kepada suami yang banyak memberi kuasa autonomi untukku bertindak. Aku yang banyak memberi pandangan tentang pilihan kerjaya anak-anak. Dan paling excited bila tarikh result nak keluar, bila iklan biasiswa, bila tarikh masuk IPT dll .Aku harap anak-anak tidak tertekan dengan kerenahku ini. Tiada niat lain melainkan mencari yang terbaik untuk kamu semua.Alhamdulillah...setakad ini aku rasa dan percaya anak-anak bergembira dengan bidang yang mereka pilih. Ini digambarkan dalam prestasi mereka setiap semester.Jika result ok maknanya mereka ok kot. So far tak dak pula yang tak ok.Suami sebagai warga pendidik sudah pasti orang yang terbaik menyediakan anak-anak tentang cara belajar di IPT. Sebagai ibubapa ,ummiabu doakan semua anak-anak berjaya di dunia dan akhirat. Muga Allah meredhai hidup kita.

Thursday, January 8, 2009

Ragam manusia


Alangkah santainya mereka . Jika di Kota sukar memcari masa senggang begini. Kekalutan sentiasa menghambat diri. Dan jangan sampai kita lupa membuat refleksi diri. Kehidupan dunia bagai bebayang yang dikejar, makin dikejar makin menjauh.

Jalan-jalan siri 1


Anak-anak tak semuanya gemar diajak ke majlis kahwin. Tapi kali ini memang paksa mereka ikut. Aku mahu mereka melihat tempat dan budaya orang Dan paling penting mengenali rumah siapa yang dituju. Kali ini kami ke Merbok,Kedah. Rumah Ustaz Shabudin. Lama sungguh tak ke Merbok. Tempatnya tak banyak berubah dan aku paling suka dengan pemandangannya yang sungguh indah. Kami berhenti beberapa kali untuk mengambil foto.